Assalamualaikum =D,
Hai korang. Beberapa hari ni tengok orang dok posting tentang product terbaru yang dikeluarkan oleh KFC, iaitu set Kulit Ayam dalam set "Value Snack,". Aku masih tak berkesempatan untuk rasa lagi, tapi kebetulan masak ayam. So saja jelah nak buat kulit ayam goreng ala KFC. Hehe.
Ini simple resepi Kulit Ayam Goreng Ala KFC, yang sangat senang:-
Bahan - bahan yang diperlukan :-
- Kulit ayam (cuci bersih, buang lemak semua)
- Serbuk Kunyit (1 sudu kecil)
- Tepung Segera Jenama Bestari (Spicy)
- 1 biji telur
- Minyak masak
- Sedikit garam
Siap sudah Kulit Ayam Goreng Crispy Ala KFC.
Ini kalau makan boleh bertambah.
Cara masak
1. Perapkan kulit ayam yang telah dibasuh bersih, dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Lepas beberapa minit perap, campurkan 1 biji telur, bersama perapan kulit ayam tadi.
3. Dekat mangkuk lain, tuangkan Tepung Ayam Bestari.
4. Adunkan pula kulit ayam yang dah bersalut dengan telur tadi bersama tepung bestari. (repeat 2x), bermaksud ulang langkah 2 dan langkah 4, sebanyak 2 kali.
Ini kerana nak buat kulit ayam tu lebih crispy. Bila adunan tepung tebal, dia lagi crispy, dan lagi syokkk nak makan.
Mudah je kan? Hehehe, buat sendiri jimat. Plus bolehlah beli, sekali sekala.
p/s: Resepi ini juga boleh dibuat kalau nak goreng ayam, udang or sotong goreng tepung. Yummy Yummy, Sedap tuuu....
KKM pun dah pesan, tak elok makan kulit ayam banyak sangat.
Baca juga : Biji Ketumbar
(Khasiat Ketumbar, Daun Ketumbar dan Biji Ketumbar)
Baca Juga : Sayur Masak Lemak
sedapnyaa
ReplyDeletelaparr pulak tgk nya