Review Movie : Jilbab Traveler

Farah
2
Assalamualaikum =D

Hai korang. Tadi huda berkesempatan untuk tengok Jilbab Traveler : Love Spark in Korea on Netflix. Jilbab Traveler ini, merupakan kisah adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk The Jilbab Traveler by Asma Nadia. 

Review Movie : Jilbab Traveler
Sebenarnya ni Movie 2016. 
Tapi baru perasan tadi masa buka Netflix. Terus tengok. Ingat nak tengok kejap, eh tau - tau dah habis movie! hahaha.

Review Movie : Jilbab Traveler - Love Spark in Korea.
Jilbab Traveler, mengisahkan seorang wanita yang bernama Rania yang bercita - cita ingin travel ke seluruh dunia. Beliau mempunyai tempat - tempat yang telah dipilih, sebagai salah satu destinasi pelancongannya. Orang kata, semakin banyak negara yang kita travel, semakin banyak perkara yang kita belajar. One of yang buatkan aku terpaut dengan Jilbab Traveler ni, bila tengok satu negara, ke satu negara, yang Rania lawati. Serious cantik! Tu yang terpaut, tengok sampailah habis movie ni.

Selain Traveler, Rania juga merupakan seorang penulis buku. Buku - buku yang ditulisnya tentu sahaja, mengisahkan kisah - kisah pelancongan beliau.

Ketika Rania sedang sibuk mencari idea untuk bukunya yang akan datang, Rania mendapat panggilan dari ibunya, bahawa ayahnya sedang sakit kuat. Cepat - cepat Rania balik. Bila balik, ayahnya tanya pula, kenapa balik? Sebab ayahnya bangga dengan Rania yang dapat travel sana sini. Saat itu Rania terdiam. Tetapi ayahnya kata, takpe pergi travel. Pergi ke tempat di mana ibu dan ayahnya pergi (sekitar Indonesia). 

Tempat tu cantik. 

Masa dia ke sanalah, dia terjumpa dengan 2 orang jejaka yang juga merupakan traveler. Dari situ mereka berkenalan. Entah macam mana, Hyun Guen jejaka Korea, terpikat pula dengan kecantikan Rania.

Hyun Guen ini merupakan pelajar dari Korea yang belajar di Indonesia. Tapi bukan orang korea betul ye, dia merupakan orang Indonesia juga hehe. 

Saat malam tiba, Ilhan datang menjemput Rania, kerana ayahnya telah meninggal dunia. Ilhan ni pula, suka dekat Rania. So apa je, dia sanggup la buat untuk Rania.

Ilhan dan Hyun Guen, korang rasa siapa yang dapat merebut cinta Rania?

Selepas ayahnya meninggal dunia, Rania ingin mematikan sahaja impiannya sebagai seorang traveler. Tetapi ibunya telah menghalang untuk berbuat demikian. Malah ibunya menjadi penyokong yang kuat, setelah pemergian ayahnya. Katanya, ini merupakan impian ayahmu jua, yang ingin melihat kamu menjadi seorang traveler yang berjaya. 

Satu hari, Rania dapat surat jemputan dari Korea sebagai wakil penulis Indonesia. Mulanya Rania berat hati juga nak pergi, tapi bila dipujuk oleh ibunya. So dia decide pergi. Dekat situ dia jumpa Hyun Guen semula. 

Rania dan Hyun Guen saling memendam perasaan sesama sendiri. 

Dapat ke Hyun Guen meluahkan rasa dekat Rania, seteleh berlakunya pelbagai conflict ketika di Korea? Dapat ke mereka bersama? 

For more story, boleh tengok Jilbab Traveler : Love Spark in Korea on Netflix.

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Huyyyooooo.. Nampak menarik cite niiii.. Tapi xda netflix la pulok.. Hoho

    ReplyDelete
  2. suka betul tengok pemandangan negara orang..cantik sungguh kan..Tapi tulah, tak tau bila gaknya nak sampai

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !