Assalamualaikum =D
Dah lama tak buat swab test, so hari ni aku saje try test buat memandangkan aku dah banyak kali juga dine in kat luar, kerja, sana sini aku singgah.
Hari ni terasa nak buat.Saja nak share dengan korang 3 test kit (swab test kendiri), yang aku dah guna. Aku rasa berbaloi je guna 3 swab test ni.
Ini antara 3 swab test yang ada dalam simpanan aku.
Aku pernah try ketiga - tiga swab test ni. Paling latest, aku guna Newgene punya swab test.
Newgene Bioengineering.
RM10 (beli under company)
Swab test ni mengandungi swab untuk hidung dan saliva.
Salixium.
RM19.90
Swab test ni mengandungi swab untuk hidung dan tekak.
Yang Salixium ni, jenama Malaysia. Siap ada app tau. App Salixium. Orang yang jual kata, dia link dengan KKM. Ye kot.
Standard Rapid Test, dari SD Biosensor.
RM46
Swab test ni mengandungi swab untuk hidung dan saliva.
Ni senama korea uolssss. I kan minat tengok korea, tu beli. hahhaa tak gurau je.
Ni huda beli kat klinik. A bit pricy ek beli dengan klinik. Tu aku tak guna - guna.
Accurate ke tidak swab test ni?
InsyaAllah accurate je. Kerajaan pun dah banyak kali suggest untuk kita guna swab test kendiri ni. Kalau negative, Alhamdulillah. Andai sebaliknya, result tu positive, korang buatlah PCR Test kat klinik (untuk confirmation).
Selepas buat swab test ni, sila update dekat MY SEJAHTERA tau. Dah buat, jangan lupa update dekat MY SEJAHTERA tau. Dekat bahagian COVID19 Self Test, then tekan Update Self Test Result. Lepas tu, isi lah segala maklumat yang diminta.
So dia akan update dekat My Sejahtera.
Kalau korang negative, 'low risk'. kalau positive, terus dapat status 'confirm case'.
Bila je nak kena guna swab test kendiri ni,
- Bila korang rasa demam korang tak kebah, then swab je.
- Time kerja. Kekadang ada certain kilang yang nak result swab. So buat jelah, follow apa yang diorang minta. Kerjakan. Itu procedure sekarang.
- Bila nak travel. Ikutlah ni requirement sekarang, lebih lagi kalau nak naik kapal terbang.
- Bila korang rasa nak test. Test je.
Perlu ke ada spare kat rumah,
Perlu. Kot kalau ada 'emergency' nak test.
Atau bagi mereka yang bekerja, just simpan je. Spare.
p/s: tapi kalau nak lebih accurate kena buat PCR Test tau.
Yaaa.. company i provide brand Newgine tu ha... Dua minggu sekali buat test sendiri.. huhu
ReplyDeletetak pernah lagi buat swab test dalam 2 tahun ni. Betul la, memang patut simpan buat spare di rumah
ReplyDeleteAmmi ada sekotak yg 5 set kat rumah tu dapat hadiah hari jadi dari boss. Sesuai sangat hadiah ikut musim ni. Alhamdulillah masih belum digunakan lagi dan harap2 tak perlulah guna. Cepatlah berlalu Covid
ReplyDelete