Assalamuaikum =D
Lexis Hibiscus Port Dickson mempunyai daya tarikan tersendiri sendiri, dan menjadi tumpuan para pelancong dari serata Malaysia, mahupun luar negara. Percutian yang agak premium dengan harga satu malam ini, tetap mampu memberi kepuasan kepada para pengunjung untuk staycation di sini, kerana secara tak langsung ianya dapat memberi ruang lebih privacy, atau tempat untuk tenangkan fikiran.
Bagi mereka yang sukakan percutian yang berbentuk nature, mungkin inilah tempat yang sesuai buat anda. Dengan keunikan special futures Lexis Hibiscus sendiri, "Private pool dan steam room dalam setiap unit villa', inilah yang akan memberi kepuasan pada setiap pelanggan.
Private pool, yang bersebelahan dengan laut.
kalau tengok dari atas, memang bentuk bunga raya.
Dan itulah juga merupakan, salah satu keunikan tersendiri yang dibawa oleh Lexis Hibisucus.
cantikkan pemandangan bunga raya tu.
Setiap villa berlainan harga. Start from RM700++ sampai ke RM4K++ semalam.
orang cakap, kalau dapat harga promo tu kenalah cepat - cepat booking.
Selain dari private pool, ada juga beberapa service lain yang korang boleh cuba. Antaranya kalau nak lebih relax, boleh singgah spa di situ, even ada zone karoeke, tempat budak - budak untuk bermain (indoor activities), ada photobooth (ambil gambar kenangan ketika berada di Lexis Hibiscus), ada juga gym, dan beberapa kemudahan yang lain.
Boleh juga singgah Hibiscus Walk untuk jalan petang, ambil angin atau take a picture sebagai kenang - kenangan. Hibiscus Walk ini dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam (weekdays), dan 10 pagi hingga 10 malam (weekend, atau public holiday).
Paling best, korang boleh berbasikal bersama keluarga, naik cruise, boleh main Archery dan pelbagai lagi aktiviti, yang takkan buat korang bosan sepanjang korang berada di Lexis Hibiscus.
Apa yang menarik sekitar Lexis Hibiscus?
Banyak tempat yang menarik korang boleh lawati sekitar Port Dickson.
1. Pantai
- PD Water Front,
- Pantai Blue Lagon,
- Pantai Teluk Kemang,
dan ada lagi beberapa pantai lain yang korang boleh lawati di Port Dickson.
Huda memang suka bercuti kat tempat - tempat macam ni. Tak singgah pantai, rasa tak sah. Is a must! Sebab aim kita, kalau bercuti tempat gini, memang nak tengok nature. Dengan tengok nature, keindahan yang Allah ciptakan itu, memang dapat satu ketenangan yang kadang susah nak describe.
2. Rumah Terbalik
Ni pun quick famous juga. Datang sini, tengok keunikan rumah terbalik, dan ambil gambar buat kenang - kenangan.
3. Xpark Port Dickson,
Xpark Port Diskson ni, tempat permainan extreme yang menarik. Antaranya Go Cart, Paintball, Archerey.
4.Antara pilihan restoran yang perlu singgah dekat area Port Diskson
-PD Famous Coconut Shake
-King Char Kuew Teow
-Mient's Burger
- Restoran Mimi Seafood Villeage Teluk Kemang
5. Masjid Sendayan/Masjid Putih Seremban
Huda suka tengok keunikan Masjid Sendayan ni. Ni antara wishlist kot kalau travel pergi sana (belum sempat lagi, singgah sana). Tapi bila tengok gambar, rasa macam cantik dan menarik untuk dilawati, dan tumpang solat kat situ.
External view dia nampak lawa sangat. Tenang je tengok, bila masjid yang cantik tu dihiasi dengan warna putih. Simple tapi menarik dari pandangan mata.
6. Nilai 3, Seremban.
Tempat yang agak famous dan mesti dilawati para ibu. Sebab dekat sini harga - harga mostly agak murah. Cadar pun murah je area sini. Perabut, langsir, or senang cerita kelengkapan rumah harganya agak berpatutan di sini.
7. Muzium Tentera Darat
Dekat Port Dickson ada salah satu Muzium Tentera Darat untuk dilawati. Harga tiket tak pasti berapa, tapi tempat macam ni kalau kita melawat at least, kita dedahkan diri kita dan anak - anak dengan knowledge apa fungsi atau pekerjaan tentera darat, dan apa sejarah mereka. Maksudnya di sini, macam mana Tentera Darat melawan penjajah seperti Portugal. Kita boleh lihat sejarah mereka di sini.
Normally tempat macam ni, terdapat beberapa kenderaan dan peralatan - peralatan yang pernah digunakan, sewaktu perang atau lain - lain keadaan.
Dan banyak lagi tempat yang boleh dilawati area Port Dickson Seremban. Even dengan Melaka pun tak jauh.
Jadi apa tunggu lagi, jika Port Dickson adalah temat percutian anda, cepat - cepat book hotel untuk staycation bersama keluarga tercinta disana.
pernah stay kat Lexis ni atas..seharian anak-anak tak kluar pool..keluar utk solat & makan je. surprisingly..pagi lepas subuh gelap2 lagi tu pun dah pulun mandi
ReplyDeletehaduiii..bila gaknya nak kesini uii
ReplyDeleteblum try lg stay kt lexis hibicus ..stakat ni kalo group lexis ni dh try stay grand lexis
ReplyDeleteCantiknyaa
ReplyDeleteTeringinnya nak ke sini, lagi lagi bila tengok cerita Mira Filzah, cerita Uqasha baru baru nih..Huhu! One day one day plan
ReplyDelete