Singgah makan dekat YJ Medan Selera

Farah
0
Assalamualaikum, =D

Hai korang. Seperti yang dijanjikan bersama, dengan kata sepakat. Hari tu kiteorang geng, Media meet up dekat YJ Medan Selera. Jujurnya first time juga la huda singgah sini. Kawan cakap, dekat sini makanan dia best, dan ada live band sekali. Tu yang, huda terus setuju. Balik je kerja, dari office huda terus ke YJ Medan Selera yang terletak di Jalan Abdul Tahir, Johor Bahru.

Makan dekat YJ Medan Selera

Makan dekat YJ Medan Selera

Makan dekat YJ Medan Selera

Bila tengok gambar - gambar ni, dia macam "reunion" guys, tapi tak ye.

Makan dekat YJ Medan Selera
Sebab tu kata bukan "reunion", yang makan setakat 6 orang je, ehehe.
Alhamdulillah. Rezeki. Thank you =D

Makan dekat YJ Medan Selera
There, ada live band. 
Memang meriah. Kalau nak lagi meriah, kena datang up to 8.30pm, sebab live band dia start time - time macam giteww tak silap. 
Ain (sheisfarahain), siap menyanyi guys. Aku dengan Nona pun, amik jela gambo dengan dia dari jauh.

Know what, dekat stage tu dua dua senior time sekolah menengah. Tu kawan ain.
Patut macam pernah nampak.

Makan dekat YJ Medan Selera
Back cerita pasal makanan. Kat sini semua ada. 

Korang nak western, korang nak masakan melayu, masakan kampung, masakan indonesia, masakan ala nyonya, korang nak sate, pokoknya semua ada ye akak, ibu, bapa.

Sebab tu aku cakap, kat sini puas la kiranya. Semua ada. Pastu harga pun berpatutan.

kat bawah ni antara hidangan kiteorang, hari tu.

bakso beracun YJ Medan Selera
Bakso Beracun yang ada dekat YJ Medan Selera.
Makanan from Indonesia.

Rasa kuah dia sedap. Memang kalau ori indonesia, dia dengan sos (tak silap). Tapi sapa tak tahan pedas, huda suggest jangan order. Nama dia beracun, tapi MasyaAllah, pedas gila.

Sedap tu sedap. Tapi pedas.

Bakso Mee YJ Medan Selera
Bakso Mee (ni bakso dia beso ye guys). 
First time rasa bakso mee. Tapi rasa kuah dia sama je. Sedap.

Yang ni tak pedas.

Churos YJ Medan Selera
Churos.
Churos dia sedap, pastu cicah dengan sos caramel, dan coklat tu.

Udang goreng butter, dan char kuew teow nyonya YJ Medan Selera
Udang goreng butter, dan char kuew teow nyonya.
Peh char kuew teow dia sedap =D

Rasa boleh repeat ni kan. Kalau g sana lagi.

Chicken chop dan fries with cheese YJ Medan Selera
Chicken chop dan fries with cheese. 
Chicken Chop dia, sedap. Ayam dia lembut, blackpaper sos dia sedap.

Restoran Madness, YJ Medan Selera.

Mee Bandung YJ Medan Selera
Mee Bandung, 
Yup, kat Johor memang popular Mee Bandung. Dan mee bandung dia ni, kena dengan selera aku.

Rasa dia lebih kurang Mee Bandung Muar. 

Mee Hailam YJ Medan Selera
Mee Hailam,

Mee Hailam dia pun sedap tau. 

Nasi Ambang YJ Medan Selera
Nasi Ambang dekat YJ Medan Selera.

Nasi Ambeng ni popular kat Johor. Kalau korang datang Johor, korang kena cuba. 

Nasi Ambeng kat sini sedap.

Nasi Ayam Penyet YJ Medan Selera
Nasi Ayam penyet dari Nasi Ayam Rashid, YJ Medan Selera pun one of popular dekat sini.

Sedap. Nasi ayam dia sedap, even ayam sambal dia pun sedap. Bukan nak puji sebab review, tapi memang sedap =D

Nasi Ayam Rashid YJ Medan Selera
Ni ler dia, Nasi Ayam dari Nasi Ayam Rasyid, YJ Medan Selera.


Nasi Briyani YJ Medan Selera
Nasi briyani dekat YJ Medan Selera

Rojak Petis, dan Rojak Asma dekat YJ Medan Selera
Rojak Petis, dan Rojak Asma dekat YJ Medan Selera.

Selain Nasi Ambeng, Mee Bandung. Rojak Asma pun one of popular dekat Johor. Rojak Asma dimakan dengan kuah kacang. 


Roti Tisu, dari kedai Roti Canai dekat YJ Medan Selera
Roti Tisu, dari kedai Roti Canai dekat YJ Medan Selera

Sate dan otak - otak kempas dekat YJ Medan Selera
Sate dan otak - otak kempas dekat YJ Medan Selera.

Sate dia lembut, sedap. Kuah kacang dia pun not bad rasa dia.

Otak - otak kempas, famous dekat JB. Dalam banyak otak - otak, aku memang suka sangat dengan Otak - Otak Kempas ni.

Set Bubur YJ Medan Selera
Set Bubur dekat YJ Medan Selera

Set Ikan Siakap dekat YJ Medan Selera
Set Ikan Siakap dekat YJ Medan Selera.

Ikan siakap dia, masak sedap tau. Pastu makan dengan sambal special diorang. Memang best. Korang kena cuba

Set Nasi dengan Ayam Masak Lemak Cili Padi
Set Nasi dengan Ayam Masak Lemak Cili Padi.

To be honest, Lemak cili padi dia nampak cair, tapi rasa dia sedap. Dan tak berapa pedas. So kalau korang yang nak rasa, boleh order.

Set Nasi Daging Salai dengan Daging Asam Pedas
Set Nasi Daging Salai dengan Daging Asam Pedas.

Mostly makanna dekat sini, semua sedap. This is my honest review. 

Tak sangka, kat area Bandar ada Medan Selera yang menyajikan masakan melayu yang sedap =D

Info :
Waze/Google : YJ Medan Selera
(18, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80400 Johor Bahru, Johor)

Instagram/Facebook : YJ Medan Selera

Time : 10am - 12am

Ada live band

p/s: All picture taken byfarahh =D

Read together : More story about food

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !