Makan Nasi Kerabu di Selera Johor @ Plaza Larkin, JB

Farah
0
Makan Nasi Kerabu di Selera Johor @ Plaza Larkin, JB | Assalamualaikum. Another day, another diary. Biasalah personal blog, ginilah ada je benda penulis rasa nak story dalam blog dia. Anyway sementara tunggu nombor giliran di Pejabat Pos ni, Huda update entry blog kejap. Sebelum ke Pejabat Pos, tadi kami sekeluarga sarapan di Selera Johor @ Plaza Larkin. Sampai sana tadi dekat pukul 9 pagi. Biasa 9 pagi memang dah ramai orang, dan tak ada tempat duduk. Tak lama juga tunggu tadi, mujur ada juga orang dah selesai makan, jadi adalah rezeki kami berlima makan di situ. 

Dekat Selera Johor @ Plaza Larkin ni, ada banyak aneka juadah yang di jual di sini. Antara makanan yang dijual di sini, Soto, Mee Rebus Stulang, Laksa Penang, Laksa Johor, Nasi Ambeng, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Rojak Asma, Kacang Pool Haji Ali, Western pun ada jual pagi - pagi dekat sini, waffle, dan banyak lagi menu lain ada jual di sini. 

Makan Nasi Kerabu di Selera Johor @ Plaza Larkin, JB
But tadi, Huda makan Nasi Kerabu Daging + telur masin.

Sekarang telur masin dah tak dalam set nasi kerabu. Kalau nak, kena tambah dan harga lain.

Nasi Kerabu Daging sahaja RM10 + Telur Masin.

Sebenarnya, ni first time Huda makan Nasi Kerabu dekat sini. Idea tu datang, bila tadi nampak ada orang beli Nasi Kerabu. Tu yang beli, nak rasa.

Nasi Kerabu dia not bad, sedap. Cuma tadi dia punya kuah macam terlebih minyak. 

Di Larkin yang popular, selain di sini (Selera Johor @ Plaza Larkin), Pondok Santapan Larkin juga sama menjadi pilihan ramai. 

Kedai Perfume Local di Plaza Larkin, JB

Lepas makan, kami singgah sekejap di Plaza Larkin untuk belikan cream adik. Huda pula ternampak kedai jual barang local kat situ. So Huda pun singgah. 

Kedai Perfume Local di Plaza Larkin, JB
Ternampak perfume yang comel kat kedai tu, tu Huda beli. Bau dia pun huda berkenan.

Ni bau dia, bau floral dan ada manis sikit. Dia tak tulis situ bau apa, so describe sendiri bila kita cuba perfume tu. 

Actually perfume ni, dah lama kot Huda nampak kat Tiktok tapi ni baru nak cuba, first time nak cuba.


Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !