Bila dewasa kawan semakin kurang

Farah
2
Bila dewasa kawan semakin kurang | Assalamualaikum. Ye. Bila dewasa memang kawan semakin kurang, semakin jauh. Sebab Bila semua dah kerja, dan berkeluarga,  kita kena faham bahawa masing - masing ada commitment dan tanggungjawab sendiri. 

Ada yang single, ada yang dah berkahwin. Ada yang duduk sendiri, ada yang duduk dengan keluarga. Pelbagai rencah kehidupan yang kita kena hadap, sampai satu tahap tak sempat untuk berborak, bercerita, waimah contact kawan.

Bila dewasa kawan semakin kurang
Semakin dewasa, kita rasa lebih baik aku pendam sebab tak nak susahkan hati, or ganggu orang lain.

Bukan bermaksud, kita tak boleh contact bestfriends boleh je.

Cuma, macam mana ek nak cakap. Rasa nak simpan sendiri tu lebih, dari nak bercerita dengan orang.

Tapi bila tiba satu saat, Allah bagi peluang kita contact atau call seseorang. Time tu, amik peluang spent time betul - betul dengan kawan baik you all. Sebab time tu juga,  masing - masing akan story pasal life update sendiri. Time tu la ada gossip, luahan perasaan, girl talks, dan aktiviti yang saling berkaitan.

Tips berkawan bila dewasa
- Cari kawan yang you selesa nak bercakap, yang faham you. Yang memang tahu you macam mana.
 
- Yang cuba jaga friendship you walaupun berapa lama pun you kawan dengan dia. 

- Yang appreciate you.

- buat appointment dengan kawan korang untuk jumpa hihi. Nampak kelakar, tapi itu reality. Appointment tu, bermaksud masing - masing akan ada masa free untuk jumpa.  

Senang kata, dia gini tau.
Bila dewasa, MEMANG TAKDE HUBUNGAN macam zaman study dulu. Tiada. Bila dewasa, asal you dengan kawan you end up, bila jumpa still ada aura dan vibes yang sama.
Cukup kot.
And asal korang tak gaduh. 
Biasalah kalau kawan baik, ada pasang surut juga.

Satu fasa, kita kena FAHAM yang cerita dewasa, tanggungjawab TAKKAN SAMA dengan kawan kita. 

Bila dewasa kawan semakin kurang

Nota : setiap perasaan yang kita rasa actually normal. 
Setiap manusia ada je rasa perasaan macam ni, contoh dah jauh dengan kawan. Dah tak macam dulu. Itu normal, jangan sedih. Maybe tu fasa dewasa kita. 

Personally sebenarnya, huda pun pernah di stage yang I beria contact. Tapi end up, bila cuba letak di situasi berbeza, kita sendiri kena sedar tak semestinya tak contact, tak jumpa tu bukan close friends dah.

Kadang, kawan kita pun nak kita faham situasi mereka. Dan tanggungjawab yang mereka harus laksanakan.

Untuk berada di satu fasa dewasa, aku melalui fasa - fasa ketidakmatangan sendiri. Even now umur aku dewasa, tapi kadang ada je tak berapa nak matang 🙈.

Masih struggle dengan diri sendiri.

Bila dewasa kawan semakin kurang
Yes it’s true. Kita tak boleh aspect orang akan selalu ada dengan kita. Dewasa ni, kita kena tahu yang semua ada tanggungjawab, masalah, dan perkara yang perlu diselesaikan. 

Bila dewasa kawan semakin kurang

Bila dewasa kawan semakin kurang

Bila dah dewasa, kita memang banyak kena fikir sendiri. I even ask myself to do that, walaupun tak mudah. Kita kena take risk, dari apa sahaja perbuatan kita.

Kalau ada orang tak suka, tengok balik perangai kita. Semegah tak? Sebab tu pentingnya duduk sendiri, dan renung - renungkan.

Andai kata dah buat baik, tapi still orang buat hal dengan kita, itu ujian dari Allah. Kita kena ajar diri kita untuk sentiasa fikir positive. Balas perbuatan tu, tak bermakna kita menang.

Sebab tu kita kena belajar untuk cari kegembiraan, dan kebahagiaan sendiri bila dewasa.

Aku pun masih lagi cuba kuat dengan dewasa ni. Masing - masing ada ujian tersendiri.

Stay strong anyway 💪🏻✌🏻.

Bukan soal hilang kawan, sebaliknya bila semakin dewasa banyak tanggungjawab. 

Last sekali, memang ada je masa nak cakap DEWASA NI PENAT 😭. Masing - masing ada fasa sendiri. Doa diri kita kuat je.




Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bab berkawan ni memang susah nak komen, lagi tengah covid ni, dek sebab covid pun, kawan menjauh... hurmmmmm

    ReplyDelete
  2. Yess, semua orang ada komitmen, Dan Hal memasing, kan... Kita doakan je yg terbaik setiap kali nampak post dorang kat feed..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !