Kenapa perempuan suka “add to cart” barang - barang dekat Shopee

Farah
6
Assalamualaikum =D

Kenapa perempuan suka add to chart dekat shopee


Memandangkan PKP, dan tetibe kes naik mendadak after Raya Cina. Dijangka pula akan naik hingga 15k kes dalam masa terdekat, jadi untuk berbelanja mungkin kita (as wanita), lebih selesa untuk berbelanja online. Anggap sahaja, itu merupakan window shopping.

Memang nampak seperti “tiada kepuasan”, tapi apakan daya dengan keadaan sekarang walaupun dah boleh shopping secara fizikal, di shopping mall, tapi tetap ada yang memilih untuk berbelanja online. Sebab masing - masing dah “terbiasa”, dengan keadaan tersebut sejak PKP 2 tahun lepas.

“Add to cart”, bukan sahaja untuk “kepuasan”. Kadang - kadang, mereka mencari barang keperluan, atau untuk “reward diri”. Bila tiba “masa” yang sesuai baru mereka akan “check out”.

Itu pandangan huda. Walaupun belum berkahwin, add to cart ni rata - rata ramai je yang buat. Tak semestinya wanita, tapi majority mungkin kami hahaha. Tak disangkal, memang rasa puas bila dapat add to cart. Dengan add to cart, kita boleh plan bila kita nak “check out”, atau beli terus.

Shopee ni, merupakan salah satu platform shopping online yang boleh dikatakan lengkap. Semua ada. Dari perkakas rumah, barang dapur (periuk belanga, senduk, etc etc). Bukan tu je, even perabot, barangan  bayi, baju, seluar, dan banyak lagi ada kat Shopee. Ramai seller, yang buat Shopee sebagai kedai online mereka. So sebab tu, rata - rata pengguna decide terus untuk membeli di Shopee. Mudah dan pantas. Kekadang ada item yang lebih murah dari kedai/supermarket, kualiti mereka sama je.

Dekat Shopee kita boleh buat perbandingan harga, service, dan boleh direct tengok feedback dari pelanggan lainsebelum kita buat keputusan untuk add to cart, dan seterusnya beli. 

Contoh, kalau nak beli baju. Kita boleh beli baju yang murah, dan mahal. Even baju murah, yang datangnya dari China pun ada yang ok 😅✌🏻. Tengok feedback. Kadang - kadang, huda rasa baju dari China tu, kualiti dia ok,berbanding baju yang dijual dekat kedai. Tapi tengok jugalah baju apa yg kita cari kan 😅. Huda jenis suka baca feedback dekat Shopee dulu, sebelum beli. Dekat situ kita boleh tengok pengalaman mereka beli baju yang kita nak beli. Maybe dia cakap, size ni ok. Sebab ramai yang share, size, berat dan tinggi mereka dalam ruangan comment tersebut.Based on pengalaman mereka, kita jadi “yakin,” untuk beli dengan ukuran size dan tinggi kita. Beli size besar sikit, lagi selamat. Tapi bila beli baju murah, jangan bandingkan quality dia dengan baju mahal 😅. Memang tak sama. Even huda pun, pernah je beli baju bawah RM40 dari China. Selesa. Quality ok, setanding harga. Cumanya takdelah “teruk”. Dia ok je. Pakai pun selesa. Takde complain, sebab huda beli size besar sikit dari size asal selalu beli haha. 

Sebab tu nowadays, shopee menjadi salah satu platform jualan online yang popular. 

Walaupun Shopee ni, nampak lengkap. Tapi kita sebagai pengguna, perlu faham bila perlu shopping online, atau tidak. Contoh, macam tilam, perabut, kuali, barangan elektrik, dan beberapa lagi barang lain yang lebih selesa dan sesuai kalau kita beli secara fizikal. Sebab kita boleh buat quality check, dan lebih yakin dengan pilihan kita.

p/s : huda kalau kena dengan “time”, atau “mood” nak tengok Shopee, kekadang add to cart gak 😅. Korang macam mana?



Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. macam ain pula jenis kureng sikit add to cart ni .hehehhee. kalau nak mencari barang je baru bukak shopee kalau tak memang tak ade nye nak cuci mata.. hehehhee..

    ReplyDelete
  2. Add to cart, kadang barang sama, kedai lain, nanti boleh check out yg mana murah sikit dan review bagus, hihi.

    ReplyDelete
  3. Akak add to cart sebab kadang-kadang tak pasti memang nak or nafsu. Huhu. So biar dalam 2 minggu baru decide

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah chart Sis kosong dah... tengah takde mood nak soping, duk sakan menabung aje ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Ni betul. Kadang pakat add je ke cart. Pahtu bukan dibawak keluar pun

    ReplyDelete
  6. Sama lah add to cart juga kalau saja scroll scroll tu. Bila tiba masa baru beli. Window shopping zaman moden satu terapi jugak kan :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !