Assalamualaikum, =D
Hai korang. Personally, huda bukanlah pertama kali dengar Jalan - Jalan Japan ni tau. Banyak kali juga dengar sebenarnya, cuma masih belum berkesempatan pergi ke sana. Huda tak minat bundle sebenarnya, dan tak reti nak pilih baju bundle tu macam mana. Tapi hari tu, bila Ain ajak huda pergi Jalan - Jalan Japan, huda fikir, 'eh why not aku try kan?'. Macam Ain ni, yang huda tahu, dia memang minat dengan bundle, dan kira dia ni merupakan salah seorang 'penyelam' bundle. Ain lah, yang selalu cerita yang actually baju - baju bundle ni murah sangat, dan ada yang lawa - lawa. Kena pandai cari. Ain siap cakap, since aku ajak dia jalan hari tu, why not kita singgah Jalan - Jalan Japan yang di buka dekat Tampoi, Johor. Katanya lagi, Jalan - Jalan Japan dekat Tampoi ni, kiranya cawangan ke 9 (dalam Malaysia), dan merupakan Cawangan ke2 yang dibuka di Johor.
Jalan - Jalan Japan Tampoi,
Akan dibuka nanti. Kelak mereka akan announce pada umum.
Ain siap cakap, jangan tak tahu orang KL sanggup datang Johor dan travel even sampai seminggu. Kenapa seminggu? Aku pun pelik jugalah dengar. Rupanya, setiap hari akan ada je barang - barang yang berbeza, di jual di Jalan - Jalan Japan. Zaki (abang Ain), siap cakap, 'Siapa peminat Anime, memang akan datang dan singgah Jalan - Jalan Japan, semata - mata nak dapatkan koleksi Anime sahaja,'. Rupanya barulah huda tahu, skills nak menyelam bundle dekat Jalan - Jalan Japan ni macam mana.
Antara Anime yang dijual di Jalan - Jalan Japan Tampoi.
Lawa - lawa ye semua, nak cakap most of the characters ada. Korang tinggal pilih je mana korang nak.
Kata mereka lagi, setiap hari kadang - kala ada barang yang berbeza. Sebab tulah bagi penggemar barang - barangan anime, mereka sanggup 'berkampung' sampai seminggu. Aku dengar, rasa amaze. Sebab diorang sanggup 'berkampung', semata nak dapatkan barang - barangan yang mereka cari.
Apa yang ada kat Jalan - Jalan Japan.
Nak kata, dari baju, perkakas dapur, bag, handbag, kasut, kasut sukan, sandle, kasut tumit tinggi, mainan budak, barangan golf, barangan berkelah, kerusi budak, barangan sukan, etc etc. Harga pula, jauh lebih murah dari harga original. Cuma kena pandai cari. Sebab serious ada yang cantik - cantik.
Set barangan Golf ada dijual di sini.
Melting la tengok. Baju dia sedang elok tau. Kain dia pun sedap pakai rasa.
Huda tertarik dengan bag ni, nampak comel haha.
Baju cardigan ni selalu memang perempuan suka pakai.
Ain dapat baju Nike kot. Warna pink pula tu.
Oh Ain ni pun, peminat pink haha.
Hahaha seee what I got guys.
Barangan campign pun ada ye
car seat baby pun ada.
Bak kata anak sedara aku, "barang budak,".
Kelengkapan bayi pun ada dijual di sini.
Pelbagai jenis kasut ada.
Kena pandai pilih memang. Sandel banyak lawa, tapi berita duka, tak ada size aku la pula.
melting betul tengok mainan budak - budak ni comel.
Memandangkan aku belum kahwin, aku still bole beli untuk nephew gitu. Ada perempuan, ada lelaki.
Ni anak sedara aku, suka la ni dok main baling - baling bola kalau dia dapat.
mainan pondok - pondok dia pun, macam best tau. Lalu aku teringat anak sedara aku.
Kot besar boleh main nanti, sekarang dia baby lagi. Sikit lagi nak setahun.
mainan kereta ni, favourite anak sedara aku yg besar tu. Car car, katanya.
Tempat senam pun ada guys.
Harga murah dari biasa.
Even pinggan mangkuk pun ada. Cakap je nak apa, semua ada.
Untuk record, Jalan - Jalan Japan dibawah Syarikat Book - Now (located at Japan). Kenapa Book Now? History - nya. Dekat Jepun, ada satu teknologi di mana, buku lama mereka akan recycle semula , dan jadikan buku baru. Dari teknologi tersebut, mereka adaptasikan pada kehidupan harian mereka, di mana kalau ada barangan yang tak pakai, boleh di jual semula dengan harga yang murah. Contohnya, dekat Japan rumah mereka kecil, tak besar mana. Kalau nak beli baju banyak - banyak, memang tak muat. Katakan mereka beli baju untuk musim panas this year, baju last year tu mesti diorang akan hantar dekat syarikat - syarikat yang jual barangan bundle, antaranya syarikat Book - Now.
belum buka lagi tau.
Akan dibuka very soon.
Jalan - Jalan Japan Tampoi
Senarai Cawangan Jalan - Jalan Japan Malaysia
1. Jalan - Jalan Japan One City Mall (since November 2016)
2. Jalan - Jalan Japan 1 Shamelin Mall (since Sept 2017)
3. Jalan - Jalan Japan Centre Point Seremban (since May 2018)
4. Jalan - Jalan Japan m3, Gombak (since May 2019)
5. Jalan - Jalan Japan Kip Mall Bangi (since Dec 2019)
6. Jalan - Jalan Japan Lotus's Rawang (since Nov 2020)
7. Jalan - Jalan Japan Lotus's Seberang Jaya (since Feb 2021)
8. Jalan - Jalan Japan Kip Mall Masai (since May 2021)
9. Jalan - Jalan Japan Kipmall Tampoi (Opening Soon)
Waktu Operasi Jalan - Jalan Japan
Di buka setiap hari 10pagi - 10malam (termasuk cuti awam).
Address
Jalan - Jalan Japan Kipmall Tampoi (Opening Soon)
Lot No S001-S002,
Kipmall Tampoi,
Jalan Titiwangsa 2,
Taman Tampoi Indah,
81200 Johor Bahru, Johor.
barang camping tu idaman kalbu cik suami.
ReplyDeletejomlahh ehkk lepas ni masukkan jalan jalan japan sebagai itinari kalau kita hang out kan . hahahhahaha.
ReplyDeleteYaaaa.. one of my favourite too! Hahahaaa
ReplyDelete