Throwback - Journey sebagai seorang student selepas SPM

Farah
2
Assalamualaikum, =D

Hai korang. Bukan senang aku nak capai ke tahap ni. Siapa yang rapat dengan aku, kenal aku, terutama keluarga aku, diorang tahu kot journey pelajaran aku terlalu panjang. Panjang.

Dari lepas SPM hingga ke 25 tahun baru aku habis study dan graduate.

Cerita throwback by picture. Bismillah,


Throwback - Journey sebagai seorang student selepas SPM
ni masa program sekolah - memang tengah nak SPM tahun ni.

Korang bayangkan, ke mana je aku nak pergi time ni? Result macam tu?
Nangis weh, tak ke mana aku boleh pergi.
Dengan mathematic D, dengan subject sains aku ada kecundang. Nangis lah.

Aku budak sains bio.

I plan to repeat (sebab tak puas hati 😅), tapi tak boleh. Tak sempat.
Lepas SPM, belajar bawa kereta (amik lesen). Lepas test JPJ,  terus pergi PLKN. Panggilan ke-2.
Habis je PLKN, I terus masuk collage. Study.

This is my long journey after SPM.
I try my best, buat terbaik masa I PIP (sijil).
Throwback - Journey sebagai seorang student selepas SPM
2010 - 2014 (budak account)
Tapi aku dapat diploma, Alhamdulillah.

Bukan senang, nak dapat diploma. Journey aku pun panjang time ni tau.

So dekat korang yang mungkin macam aku, SPM kurang baik. Korang still boleh sambung study.

Sebelum aku sambung diploma, aku masuk PIP (sijil). Sijil tu ticket, sebelum aku masuk diploma dekat collage yang sama. Aku budak KPMBP.

Masa aku diploma pun, journey aku panjang. I have my bad stories there. Ya Allah nak nangis kalau cerita. Aku bukan budak pandai pun. Aku budak biasa je. Budak yang suka main - main. Masa diploma tak pernah dapat 3 pointer beb. Tak pernah. 

Ditakdirkan aku gagal 2 subject masa aku semester 3. Ya Allah, masa tu memang nangis. Dah la sedih kena repeat paper, kena bebel pula dengan mak abah aku. Rasa macam nak pergi bertenang masa tu, tapi tak tahu dekat mana. Cuti semester 6 bulan, since ada blog and masa tu pun aku dah start active. Tula aku habiskan masa dengan blog. 

Masa tu aku dah ada lesen memandu. Tapi aku tak reti sangat memandu, even aku don't care pun sebab parents aku boleh bawa ke mana je aku nak pergi, hehe. So tulah aku banyak habiskan masa aku dengan blog.

Back to journey belajar. Memang lama ye. Siap extend semester masa diploma. Tapi life kena teruskan juga. So aku teruskan jelah belajar. Sampai aku berjaya, graduate.

Alhamdulillah.

Graduate dengan hurmmmmm, tak berapa banyak pointer aku beb. CGPA aku is too bad.

Since mak abah tetap bagi support, aku kuatkan semangat untuk aku teruskan study. Yelah abang dengan adik aku, masa tu dah sambung degree. Takkan aku nak stop there kan? So aku kena bangkit, and I need to have my degree. 

Kalau korang tanya macam mana aku bangkit? Of course sebab parents aku. Mak abah aku, memang nak aku jadi somebody. Masa tu, aku pegang harapan diorang.

Throwback - Journey sebagai seorang student selepas SPM
2014 - 2017 (budak business admin - HR)

Orang cakap kalau masuk kolej or Universiti Swasta senang nak lulus. Ke?
Hurm, apa yang korang cakap tu semua 'atas angin'. Main cakap je.

Aku masuk KPM dengan Uniten.
Dua dua ni, aku struggle. Struggle gila.

The best things yang aku nak share dengan korang.
Dari budak below 3 pointer, masa degree aku dapat up to 3 pointer.
Aku nak dapatkan 3 pointer, bukan senang.

Masa semester 1 je, aku dah "lompat" amik subject semester 2, dan 3. Since aku budak business admin, dan banyak aku boleh transfer credit, so aku transfer. tulah dari semester 1, aku dah "lompat" semester. Tu aku cakap, aku struggle. Budak sem1, amik subject sem 2, dan sem 3. Ayoi. Masa tu subject HR (basic kot) untuk sem 3.

Aku transfer sampai 8 subject tak silap (maximum syarat boleh transfer). Subject sem 1 - sem 2 aku banyak transfer.
Cnth, subject account (sah sah aku budak acc), subject finance, marketing, agama islam 1 dan 2. Fuh bnyk ler, rasa. tu lah aku sampai "lompat semester", hehe.

Susah beb. Nangis gak. Tonggang terbalik aku belajar.
Degree struggle gila!

Aku pun tak tahu macam mana aku dapat 3 pointer tu.

Masa degree ni, aku dah kurangkan baca novel, aku dah kurangkan tengok movie, aku dah kurangkan blogging. Tapi aku still syok sendiri blogging time degree. Trust me, not easy to have a degree. You universiti awam ke, universiti swasta ke, sama je. Kalau korang tak study betul - betul, korang akan down je.

Aku pernah kot dapat 2.6, 2.7 (pointer). Turun dari 3 pointer lebih tu. Ya Allah, aku nangis! Dulu aku nangis sebab aku fail. Masa degree aku nangis sebab aku dapat bawah 3 pointer.

Aku struggle balik. Aku study balik. Alhamdulillah, aku dapat kejar 3 pointer ke atas (tapi tak adalah sampai dean list). 

Apa aku nak story, tak semestinya korang gagal, korang tak boleh berjaya.

Anyway,  really thanks to mak abah.
psss psss, aku suka life aku masa kat Uniten. Sebab entah. Banyak benda aku struggle kat sana. Tapi aku still suka.

conclusionnya, korang boleh je berjaya. Focus. Capai cita - cita korang. Cari kepuasan dalam study, jangan give up. 

Thanks sangat dekat parents aku, adik beradik, and family yang bagi aku full support. And kawan - kawan juga yang mana selalu bagi aku motivasi secara langsung dan tak.

My journey is not end here. I have long long way journey to go 💪🏻. Bismillah….
















Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wowwww....macam ain , ain rasa enjoy journey masa degree .. tak pressure for me i like degree life sebab course ain Business admin major marketing banyak pada skills menjawab exam (senang cakap teori ingat point penting je dah lepastu kau goreng lah ) That why ain boleh perform degree. Paling tak boleh perform is MATRIK . tiket express to degree dan tak payah amek diploma tapi yang tu paling struggle ain penah lalui . Tu paling susah gila pada ain disamping bersaing dengan budak budak pandai . Setahun je tempoh belajar tapi azab gila dan jadi student paling xpandai waktu tu .. WEH BANYAK NYA AKU TAIP .KBYEE..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah ada kerja, boleh belanja parents dan diri sendiri pun proud with yourself. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !