Assalamualaikum =D
Hai korang. Personally, huda ni bukanlah pandai memasak. Dulu nak tuang minyak, pun takut - takut, apatah lagi nak menumis. Mahunya lari 100meter kot. Bukan tak pernah memasak, pernah lah beberapa kali cuba masak masa tingkatan 1, or even masa collage. Tapi masa tu, memang tak reti sangat. Korang bayangkanlah, masak telur kicap pun fail, haha. Apatah lagi nak ada confidence masak benda yang lain kan. So ini diari belajar masak versi throwback.
Setakat kupas bawang, potong bawang, lada, etc etc, tu bolehlah. Seingat huda, huda reti masak nasi goreng, dengan sayur goreng jer. Lepas beberapa kali fail, aku stop memasak. Sebab aku rasa, mak dan nenek aku masak lagi sedap. Bukanlah tidak disuruh ke dapur, tapi yelah masa tu zaman baru nak membesar, faham - faham jelah.
Even dah masuk collage pun, tak berapa nak masuk dapur sangat. Kecuali tolong mak panaskan lauk, basuh pinggan, basuh baju, kemas rumah, etc etc. Masak ni, memang tak berani dan tak ready. Yes, perkataan tak ready tu, sesuai digunakan.
Huda rasa semua wanita, ada pengalaman macam ni. For me normal kot, hehe.
Sampailah, huda sambung study dekat Pahang. Masa ni baru terbuka hati nak masak. Belajar masak pun simple - simple. Belajar dari kawan, memandangkan dah duduk jauh dari family, beratus kilometer. Nak tak nak, kena berdikari.
Iyelah, mahunya tak terasa 'kerdil', kawan semua masak sedap - sedap. Aku? Nasi goreng, sayur goreng je kot lepas, haha. Even nak masak mee hoon goreng pun, tak menyakinkan tau masa tu.
Bila dekat Pahang, bermula episode jadi budak degree + belajar masak. I wish, balik rumah boleh tolong masakkan family I. So yah, walaupun tak adalah every balik semester aku masak. Tapi adalah tunjuk skills sikit, yang kita dah boleh masak sikit - sikit (walaupun simple je masakan kita).
Macam biasalah, abah mak, dan adik beradik aku jadi pengomen tegar.
Actually masak ni, you kena tahu basic.
Walaupun tak pandai masak, tapi at least you kenal segala barang kat dapur tu. Slowly pun tak apa.
Nanti bila dah pandai masak, practice, practice, practice. Then you boleh campak - campak 'like' pro, walaupun bukan pro. Dia macam 'like' pro sahaja ye.
Personally, Huda suka nasihat orang - orang dulu - "ala, jangan risau. Dulu acik pun tak pandai masak. Belajar slow - slow. Nanti lama - lama, awak pandai masak," . Mereka yang aku kenal, even parents, or nenek aku pun, cakap. Diorang belajar dari pengalaman. Tengok orang masak, practice. Lama - lama pandai masak.
Huda suka orang share positive vibes kat huda.
Actually, perempuan ni, ada pelbagai jenis.
Ada yang suka masak, tak suka kemas rumah.
Ada yang suka kemas rumah, tak suka masak.
Ada yang suka masak, suka kemas rumah.
Ada yang tak suka lipat baju, tapi suka basuh baju.
Dan pelbagai lagi.
Tapi, walaupun ada pekerjaan yang pada kami merenyahkan, bukan bermakna kami tak nak buat. Buat juga. Dah itu lumrah, tanggungjawab.
Bukan lah perempuan, nak mengeluh. Masak je, dah makan masa (walaupun simple). Dari preparation barang, menumis, hingga penyediaan. Kemas rumah. Basuh baju. Mungkin yang ada anak, nak jaga anak lagi. Itu semua tanggungjawab. Sebab tu kita tengok, mak - mak handal buat semua kerja. Mereka pun, belajar dari pengalaman seawal usia kita.
Pada aku betul orang kata, jadi suri rumah sebenarnya lagi penat. Dari pagi, sampai malam pun kadang kerja tak habis lagi. Ya Allah, serious aku solute dekat suri rumah ni. Jangan nampak duduk rumah goyang kaki, tidak. Setiap orang ada tanggungjawab masing - masing.
Bagi yang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi, bukan bermakna mereka tak reti buat kerja rumah, dan masak. Tidak. Pada huda, tak ada kena mengena dengan pelajaran. Tapi lebih kepada pilihan setiap orang.
Nasihat huda, chills je. Sebab semua orang ada learning process tersendiri. Mereka hanya mampu berkata, dan melihat result. Tapi mereka tak nak tengok process. Itu kadang pun normal juga. Biasa manusia. Apa yang kita boleh kawal, hati kita, kelakuan, dan pemikiran kita. Just show them best result of us.
Apa pun, kita sebagai manusia banyak lagi yang perlu kita belajar dalam kehidupan. Dari segala sudut, termasuk diri huda.
credit picture - here
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.