Assalamualaikum, =D
Hai korang. Umum tahu M Suite Hotel, pernah ditutup sementara waktu. Tapi untuk Ramadan 2022 kali ni, mereka menyajikan pelbagai hidangan istemewa dengan tema - "Makan Besar" dekat Restoran Grand Al - Mizan, M - Suite Hotel Johor, Bahru. Bila dah nama makan besar, serious banyak sangat hidangan yang best boleh try dekat sini tau. Harga pun berpatutan je.
Bila kita pilih hotel, mesti kita nak tengok menu - menu yang menarik kan? Paling penting, ramai cari adalah kambing golek. Kalau korang nak tahu, yang menariknya dekat Restoran Grand Al Mizan ni, salah satunya of course KAMBING GOLEK bersama sos black paper, DURIAN GORENG. Apa aku boleh cakap, sedap. Based on apa yang aku dah rasa.
Selain kambing golek, dan durian goreng, ada je beberapa menu yang lain korang MESTI try dekat Restoran Grand Al - Mizan ni tau. Antara juadah yang mampu membuka selera korang :-
1. Durian Goreng Tempura
2. Kambing Golek & Nasi Arab
3. Satay
4. Sup Gearbox - Tulang/Lidah/Babat
5. Mee Rebus & Laksa Johor
Selain dari menu - menu yang di highlight, ada juga beberapa menu lain yang korang kena try tau.
6. Bubur Lambuk - yang of course setiap kali Ramadan je ada.
7. Ada kids corner - jadi parents pun tak pening. Ada spaghetti, kentang, nugget.
8. Aneka Kek, Kuih & dessert
9. Pelbagai lauk - pauk - paling suka dengan udang sambal dia.
Dekat Al Mizan ni banyak yang sedap. Nak rasa semua, tapi tak larat. So rasa mana yang termampu jela ye, hehe. But apa yang huda boleh cakap. Dengan harga yang agak berpatutan, huda recommend kat korang, untuk berbuka dekat Restoran Grand Al - Mizan ni.
10. Ada pelbagai jenis beverage yang disediakan - sejuk dan panas. ABC, laicikang pun ada. shedappp gituu.
Laicikang dia pun, not bad la.
11. Juada Raya - Yes, juadah raya pun ada. Korang boleh makan kuih raya, korang boleh makan lemang dan lauk raya pilihan here.
Kalau nak sebut one by one memang banyak rasa. For more picture, boleh tengok dekat FB Page huda.
Dengan persembahan live yang turut disajikan untuk para pelanggan, korang akan lebih selesa dan rasa tenang dekat sini dengan alunan Angklung dan Live Band sepanjang Ramadan 2022 ni.
Jadi apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang! =D
BUFFET MAKAN BESAR
GRAND ALMIZAN @ M SUITES HOTEL
4 APRIL - 1 MEI 6.30 PM - 9.30 PM
GRAND ALMIZAN @ M SUITES HOTEL
4 APRIL - 1 MEI 6.30 PM - 9.30 PM
16A, Jalan Skudai, Straits View, Johor Bahru, Johor
Google Map: https://bit.ly/GMap-GrandAlMizan
Waze: https://bit.ly/Waze-GrandAlMizan
.
HARGA PER PAX:
RM 98 NETT - DEWASA
RM 48 NETT - SENIOR CITIZEN 60 TAHUN KE ATAS
RM 48 NETT - KANAK - KANAK 6 - 12 TAHUN
.
BOOK SEKARANG
WA FIZA - 011 1860 0471 atau bit.ly/AMSH-Buffet2022-Fiza
WA NANA - 019 790 0471 atau bit.ly/AMSH-Buffet2022-Nana
Credit all photo by me - farahuda
boleh try berbuka sini nanti.
ReplyDelete