Assalamualaikum, =D
Best. Hebat. Scene akhir, buat aku keluarkan air mata tanpa sedar. Semangat perjuangan Mat Kilau, dan pengikutnya buat aku tambah teruja. Semagat Petriotisma yang ditunjukkan, buat huda teruja dan Melayu sememangnya ada kehebatan tersendiri. Itulah yang mampu huda tafsirkan saat tengok movie Mat Kilau. Kalau tanya huda, best ke tak. Pada huda, Mat Kilau ni best. Filem Epik pertama yang ditayangkan dipawagam. Baru seminggu je, dah cecah RM23 juta. Deabak! ❤️. Alhamdulillah, rasa berbaloi Jalan - Jalan Tengok Movie Mat Kilau dekat Midvelley, JB hari tu dengan adik - adik.
Nama watak dan Pelakon dalam Movie Mat Kilau,
Mat Kilau - Datuk Adi Putra
Awang - Fattah Amin
Wahid - Beto Khusyairi
Tok Gajah - Dato Rahim Razali
Usop - Khir Rahman
Johan As’ari - Yasin
Dan ramai lagi,
Review filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan
Movie Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, adalah adaptasi dari Sejarah Mat Kilau (Half Fiction, half dari True Story). Movie ini juga mengisahkan permulaan kebangkitan Mat Kilau - Rujukan.
Mat Kilau, namanya tidak asing lagi. Beliau merupakan salah seorang Pahlawan di Tanah Melayu, dan merupakan anak kelahiran Negeri Pahang. Cerita beliau menentang British juga, berlaku di Pahang. Dari bacaan huda, Gelaran Mat Kilau diberi pada beliau, kerana kepantasannya dalam melawan musuh. Pantas bagaikan Kilat. Bayang - bayang musuh pun dia boleh nampak, ni lagi musuh kat depan dia. Dia memang sangat hebat dalam bersilat. Itulah gambaran beliau, seperti yang di tunjukkan oleh Datuk Adi Putra, yang memegang watak Mat Kilau.
Mat Kilau merupakan anak kepada Tok Gajah. Tok Gajah pula, dulunya seorang ahli kumpulan pemberontak menentang British, dan sangat handal bersilat. Mat Kilau mula muncul menentang British bila British mula buat kacau di Tanah Melayu. British telah mengambil alih tugas Pembesar Negeri, dengan memungut cukai yang tinggi pada rakyat di Tanah Melayu. Lantikan President British, telah mengurangkan kuasa Sultan di Tanah Melayu. Rujukan.
Antara salah satu penentangan Mat Kilau pada masa itu, adalah dengan memotong talian telegraf, penghubung antara pegawai - pegawai Pentadbir British. British telah memujuk Mat Kilau tetapi tak berjaya. (Rujukan)
Akhirnya British ambil keputusan untuk berbelanja besar, dalam menentang Mat Kilau. Itulah yang berlakunya kekacauan di bumi Melayu. Mat Kilau dan rakan - rakan, bangkit melawan British.
Muda, tua, dewasa, kecil, dia tak kisah asal dia dapat bunuh - British. Geram je aku tengok. Masa tengok segala scene yang ditayangkan dalam Movie Mat Kilau, rasa tak terbayang macam mana orang dulu, menentang penjajah.
Teruja dengan lakonan Fattah Amin, sebagai Awang, dan merupakan rakan seperjuangan dengan Mat Kilau.
Kehandalan silat Awang pun, hebat juga.
Yang Awang ni, adalah part geram dia bila dia ingkar arahan Mat Kilau. Tapi kemudian balik kembali, dan menentang British bersama Mat Kilau.
Wahid juga, merupakan rakan seperjuangan dengan Mat Kilau.
Part sedih bila, isteri Wahid yang sarat mengandung kena bunuh dengan British.
Walaupun sedih, tapi semangat patriotik yang menebal, buatkan Wahid bangkit menentang British bersama Mat Kilau.
Scene akhir dalam movie Mat Kilau. Dimana mereka bangkit, dalam melawan penjajah British.
British ingat Orang Tanah Melayu Lemah, rupanya kuat dengan izin Allah.
Kesimpulannya - walau salah faham, berbalah, tak puas hati macam mana pun, kita kena bersatu. Bila kita bersatu, kita jadi kuat. Kita kena bangkit, susah senang Allah selalu ada dengan kita. Banyak lagi pengajaran yang boleh diambil di sini.
Bagi yang belum tengok Movie Mat Kilau ni, sila tengok sebab tak rugi pun. Best. And recommended. Filem Epik Pertama di Malaysia. Aku harap, ada lagi filem sebegini kelak.
Congrats Shamsul Yusof (Pengarah) and team.
Walaupun filem ni, start penggambaran 2018, finally you guys make it. Huda bukan peminat Shamsul Yusof, tapi banyak juga movie - nya yang huda tengok haha.
belum berkesempatan lagi nak tengok cerita Mat Kilau
ReplyDeleteNanti kalau smpat tgoklah
Delete