Setelah seminggu tak sihat

Farah
6
Assalamualaikum =D

Hai korang. Sihat ke tu? Hope korang yang baca ni sihat je. Kalau yang tak sihat, sila makan ubat tau. Last week, dan dan lepas raya haji kemahen klinik penuh. Tiga klinik yang huda pergi, semua penuh. Last - last, huda pilih klinik ke3. 2 jam tunggu. Klinik swasta ye. Masa dok tunggu giliran, semua tunggu tu tengah sakit, batuk, selsema. Termasuk huda, yang masa tu hari kelima sakit, tapi tak baik - baik. Even sekarang pun, tengah dalam fasa nak recovery gitu. Alhamdulillah, setelah seminggu tak sihat, kini kembali sihat sikit. Cuma batuk sikit - sikit, suara serak lagi. Risau juga. 

Setelah seminggu tak sihat
While waiting nama dipanggil masuk jumpa doctor. 2 jam menunggu.
Bila dah berapa hari tak sihat, huda buat je semua test. Denggi, influenza, covid. Alhamdulillah, semua negative.

Bila semua ok, baru yakin nak masuk office. Seminggu berehat kat rumah. Raya haji pun, berehat je.

Teringat hari tu, kebetulan terjumpa seorang makcik ni, dekat klinik yang sama aku terima rawatan tempoh hari. Dia beritahu yang anaknya, dah dua minggu tak sihat. On off demam. Bila dah berapa hari demam panas tak kebah, makcik tersebut terus refer anak dia ke emergency, hospital. Dia kata even hospital swasta sekarang pun penuh. Kerajaan apatah lagi.

Mungkin tula, sekarang tengah demam virus kot. Sana sini tak sihat. Even naik office (lepas sminggu dok rumah) pun, ramai tak sihat juga. Musim.

Huda since raya haji tak keluar rumah, sebab tak sihat. So this week, pun plan dok rumah je, since dalam fasa nak recover semula. 

Semoga kita sama - sama cepat sembuh. Take care guys, jaga kesihatan semua.

Makan ubat,
Banyakkan minum air masak,
Makan vitamin c,

Take care.







Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Get well soon Huda! Memang memacam sakit sekarang.... risauuuu

    ReplyDelete
  2. Semoga dikembalikan keafiaatan kepada Huda ya, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. panas sangat sekarang ni... minum air yang cukup ya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !