Assalamualaikum =D
Pengalaman kena covid ni sangat tak best. Sangat terbatas. You kena kuarantin selama seminggu. Duduk dalam bilik seorang diri. Best ke? Tak. Dah lama draft, tapi baru berkesempatan publish - diary pesakit covid19 with less simptom - throwback pengalaman kena covid19.
Setiap orang ada je cerita masing - masing. So ini pengalaman huda kena covid - first time. I was like “Eh, yeke ni? Betul ke double line ni,” - huda berkata sendiri bila nampak test kit covid19, ada 2 line. Tanpa tunggu lama, huda buat sekali lagi. Kali kedua buat ni, huda buat rtk biasa tu (yang cocok hidung). Result, positive juga. Confirm. Positive covid19. Terus bagitahu parents, group family, dan group office.
Terus kuarantin diri.
Tak lama lepas tu, HR minta buat PCR test.
1st day detect covid19.
Siap buat dua kali. Sebab first time buat rasa macam tak percaya tetibe covid 19 ðŸ˜.
What to do? I kena calm kan myself.
Nota : kalau first time kena, chill. Walaupun tak boleh chill, tapi push diri chill je. Terus bagitahu yang terdekat (thru whatsapp). Terus quarantine diri dalam bilik Laporkan diri dekat My Sejahtera.
Bila lapor diri dekat my sejahtera, kita tahu secara rasmi bila dan berapa lama kita kena kuarantin.
Since HR dah minta buat PCR test. Dalam pukul 10.30 pagi terus gerak pergi klinik (lepas mandi dan bersiap). Pergi seorang, drive. PCR masa tu, huda dapat harga dalam RM135, dekat Klinik Zahran. Murah la juga. Sebelum pergi, dan masa sampai call klinik Zahran inform kita nak buat PCR (sebab required by company). Nanti akan ada staff klinik tersebut datang dan buat test PCR. Tunggu result dalam tempoh masa 24jam. Lepas tu balik terus rumah, kuarantin balik.
Setiap kali pegang tombol pintu ke, or any huda akan spray. Pakai mask once keluar bilik, jauhkan diri at least 2 meter dari keluarga. Kalau boleh, kurangkan berhubung secara one to one masa tengah kena covid19.
Bila kena covid ni, agak struggle sebenarnya. Kena tahu yang kita tengah ada virus. Bila ada virus ni sangat perlu berhati - hati dalam setiap apa yang kita lakukan. Baju kotor, letak je satu tempat dalam bilik. Dah habis kuarantin baru basuh.
Tiba - tiba teringat, since huda terpaksa share bilik air dengan adik beradik, setiap kali masuk bilik air jer, huda spray (guna spray anti bacteria - dettol). Tiap kali tu juga doa, jauhi covid19 dari mereka.
Alhamdulillah, sampai habis huda kuarantin diorang negative. Fuh. Lega!
Kita ni yang positive, tepu duduk kat bilik sesorang. Makan, minum, semua dalam bilik sesorang. Terpaksa. Walaupun hati meruntun nak lepak, dan makan dengan family, tapi tak boleh sebab tengah kuarantin akibat covid19.
Macam dekat hospital, kadang rasa.
Duduk dalam bilik, berehat dan makan. Lepas tu tak tau buat apa, sebab kena stay bilik je.
Dan huda rasa, kalau iqiyi (tempat tengok movie). Semua drama melayu dah banyak marathon. Cumanya tak review kat blog haha.
Huda kan kadang ada je, buat review cerita huda tengok. Its call personal review gitu.
Nota - thanks to my family yang keep support hantar makanan semua.
So ni antara simptom covid19, sepanjang huda kuarantin diri.
- batuk (heavy)
- demam (masa hari first)
- rasa sejuk sejuk (hari first dan hari kedua)
- tekak gatal (dari hari first sampai la hari ke berapa lupa).
- hidung tersumbat, macam ada effect kat paru paru sikit, sampai hampir sesak nafas (kawan yang pernah kena, ajar cara penafasan yang betul. So aku buatlah, Alhamdulillah ok). Kena macam ni, masa hari kedua dan ketiga rasanya.
- pening (yg ni memang ada. Tu yang nak melepak atas katil jer). Nak full rest.
- badan bisa (hari pertama kedua)
- darah rendah (ni normal la sebab aku memang ada darah rendah. Ni pun faktor penyebab aku pening. Tapi aku makan kot 3 hari sekali 😂, pelik ek darah rendah tu ada. Biasanya ianya kembali normal lepas makan. Ni mcm pelik, dah makan pun rendah lagi).
Alhamdulillah yang lain semua ok. Oksigen pun ok. So far, mile simptom jela I faced.
Kena pergi CAC.
Huda dapat message dan call kena pergi CAC, sebab stage 2A. Antaranya simptom batuk.
Masa kat CAC ni, doctor akan tanya soalan related simptom yang kita kena. Lepas tu, baru doctor bagi ubat.
Perasaan masa kuarantin
Masa ni tipulah kalau huda cakap, huda tak emotional. personally masa kuarantin tu, rasa down. Sangat down. Yelah, sebab kuarantin seorang, walaupun family keep support dari luar bilik. Tapi rasa dia different (tak boleh explain). Masa kuarantin memang kena kuatkan diri, positive kan diri. Makan ubat, dan supplement yang boleh membantu kita negative balik (sihat seprti sedia kala).
Selain vitamin C, supplement, dan ubat, huda juga amalkan minuman air bunga cengkih.
Cara buat - amik beberapa biji bunga cengkih. Rendam 2-3 jam dan minum.
Lepas dah rendam 2-3 jam. Huda campur air rendaman bunga cengkih dengan air panas. Minum air tu panas - panas lagi sedap.
Nak kunyah bunga cengkih pun boleh. Orang kata lagi bagus. Huda kunyah tapi boleh dikira berapa je sehari. Selebihnya huda minum air rendaman bunga cengkih. Sedap juga, dia rasa pahit - pahit mcm tu. So far huda mcm minat la minum cengkih haha.
Buat PCR Test.
Sebenarnya bila dah norma baru ni kan, dah TAK PERLU la nak buat PCR bagai kot. Tapi since kami ni yang berkerja, memang itu one of procedure. Pihak syarikat nak official statement, dan bacaan CT Value rasmi, that is why kena buat PCR Test.
Kalau korang nak saja buat, pun boleh. No hal. At least ada bacaan CT Value tu.
Nota - HR required huda untuk buat PCR masa hari pertama dan kelima (dengan nota dari HR, kalau CT Value atas 35, dah boleh naik kerja. Kalau negative lagi dipersilakan naik kerja).
Tapi masa hari kelima buat, huda positive lagi dan CT Value 33 something macam tu. Jadinya, huda still kuarantin-kan diri.
Dijadikan cerita, masa hari kelima tu mak abah hantar adik huda pergi belajar. Plan asal huda ikut, since positive huda tak ikut. Mujur ada abang dengan akak ipar.
So siang tu, huda lapar gila ye. Abg pula kerja. Jadi huda pun belilah grab food. Sampai je abang grab food hantar makanan dan COVID19 test (since takde stock test covid19 kat rumah), huda minta je abang tu letakkan barang tu dekat atas kereta abah and pesan, huda tengah kuarantin.
Nota - masa kuarantin you guys bole jer beli guna grab or food panda, tapi make sure tak terima barang dari mereka SEBAB you guys TENGAH KUARANTIN, dan masih positive covid19.
Its ok rider faham jer. Jangan ambil barang kat diorang. Sebab huda pernah dgar cerita, ada org hantar barang kat pesakit covid19, lepas tu mereka secara tak sengaja terjangkit.
Bila nak tahu kita negative?
Tak boleh nak cakap, sebab ikut condition dan antibody seseorang. Ada orang cepat, ada orang lambat.
Alhamdulillah hari ke 6, dah negative.
PCR test huda buat, hari 1 dan ke 5 (atas arahan company yang huda kerja).
Negative ni, dia depends dekat antibody korang. Ada hari ketiga dah negative. Huda hari keenam, barulah negative. Alhamdulillah. Apa pun, jangan down kalau korang lambat nak negative semula. Chill je beb. Rest well ok.
Basuh baju lepas habis kuarantin
Senang. Basuh je baju lepas korang habis kuarantin.
Basuh macam biasa je lepas kuarantin.
Lepas pegang baju kotor, terus basuh tangan guna sabun macam biasa.
Anyway take care korang.
Nota - thanks to kawan - kawan yang share tips dan experience korang kena covid19. So appreciate. Banyak dapat tips dari kawan - kawan.
Guys please take care yourself, sebab covid 19 masih ada lagi. Masih tak sangka boleh terkena. Masa kena tu kan, huda push hard diri tak salahkan sapa sapa sebab entah dari mana dapat. Just focus huda, nak cepat sembuh.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.