Assalamualaikum
Hai korang. Dah lama rasanya tak naik bas causeway link ni, tahu - tahu je sekarang dah mudah dengan Kad Manja Link.
Kad manja link ni macam cash card lah kiranya.
Sangat mudah.
Just tap masa masuk dan keluar bas.
Serious lama sangat tak naik bas berhenti - berhenti ni.
Ingat lagi dulu masa study, siap berhimpit la naik bas dari Bandar Penawar ke Kota Tinggi. Then sambung pula naik dari Kota Tinggi ke JB.
Rindu saat tu.
Keluar pun kena tab tau, sebab kalau tak tab nanti kena penalty. Baik tab.
Jangan lupa.
Pengalaman naik bas mybas di Johor Bahru.
Ini bukanlah pertama kali huda naik bas cauwaylink, atau sekarang dikenali dengan mybas. Masa study dekat Kota Tinggi dulu pernah naik once nak balik Johor.
Sedikit info - kami orang Johor, memang akan ‘bahasakan’ Johor Bahru tu, as Johor. Tak tahu la kenapa, since kecik pun even kampung kat Pontian, Johor tapi once nak balik ke JB akan cakap “ok dah nak balik Johor, atau jom pergi Johor,”. Gitu.
Perkhidmatan Mybas ni actually merangkumi banyak platform.More info boleh layari laman web causewaylink. Untuk entry kali ni, huda nak share experience huda naik bas dari JB Sentral ke KSL City Mall. Untuk ke location ni paling murah, memandangkan perjalanannya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Dekat je. Tu yang sanggup terjah kejap. Lagi pun dah lama juga, tak ke KSL City Mall tu. Bas pun banyak dari JB Sentral menuju ke KSL dan lain - lain destinasi.
Samoai je KSL City Mall, sempat juga lah pusing, singgah watson, makan KFC. Huda dan Watson pun satu, asal nampak Watson je nak singgah. Asal nak singgah je, nampak Watson. Gitulah.
Dulu kena sediakan duit kecil kalau nak naik my bas ni. Sekarang senang, dah ada cashless card - ManjaLink. So senang, just tab je masa naik dan turun bas.
Kad Manja Link nak topup senang jer. Boleh topup dekat mana - mana kaunter, mybas / causewaylink.
Those yang tak ada card ni,boleh dapatkan,beli dan topup dekat kaunter my bas / causewaylink.
Nak mudah topup card manjalink, boleh guna app je sekarang..
App LUGO.
Boleh download dekat Google Play Store, App Store.
LUGO.
App yang memudahkan korang untuk topup card manjalink, dan tengok destinasi - destinasi bas.
Dekat sini juga, korang boleh tau berapa minit bas tu ada dekat situ berapa minit sekali, bas akan tiba pukul berapa ke destinasi korang.
App lugo.
Ni contoh untuk topup card manjalink
App Lugo
Ni Contoh nak tengok destination.
More info - boleh layari short video dekat Instagram - CLICK LINK.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.