Assalamualaikum =D
Hai semua. Hari tu,huda tengok movie Juang dekat pawagam dengan adik - adik. Movie ni terbaik, bagus dan mengingatkan kita kenangan pahit manis, semasa pendamik. Secara keseluruhan, huda boleh cakap movie ni bagus, dan saya bagi 8.5/10. Filem Juang memberi “aura” tersediri, biarpun tidak ramai yang menonton filem ni, dan tidak se-viral “Mat Kilau”, “PASKAL”, “PASKAU”, dan movie - movie tempatan yang lain, tapi jujur cakap huda suka dengan filem Juang ni.
Juang mengisahkan kisah pendamik (iaitu adaptasi dari kisah sebenar) yang berlaku sepanjang pendamik. Baik dari kisah seorang doktor, nurse, askar, polis, food rider, dan kisah masyarakat yang terpaksa berhadapan dengan kes pendamik yang tidak kunjung tiba.
Apa yang menariknya, filem Juang ni diarahkan oleh 5 pengarah terkenal Malaysia, antaranya Yusri KRU, Aziz M Osman, Osman Ali, Matt Lai, dan Kabir Bhatia. Jujur cakap, filem ni bermain dengan emosi sebenarnya. Sedih bila tengok ada pegawai polis terkorban saat jalankan tugas, beberapa pesakit covid19 yang meninggal dunia, pengorbanan barisan hadapan bekerja keras semasa pendamik. Dan tidak lupa saat mendebarka, bila ada salah seorang penumpang Malaysia dari Wuhan, yang tertinggal bas untuk kelapangan terbang. Masa tengok tu, sis pun cuak sampai doa, Ya Allah dapatlah dia naik bas sebab keluarga dia tunggu kat Malaysia. Hint - memang ada kisah ini yang terjadi kepada salah seorang penumpang dari Wuhan semasa misi bawa balik Rakyat Malaysia dari Wuhan, China ke Malaysia.
Ada beberapa scene yang buat air mata bertakung haha. Serious memang ada scene touching.
Dan ada beberapa lagi kisah - kisah yang mendebarkan.
Filem ini dibintangi oleh barisan - barisan pelakon tanah air, antaranya :-
- Zizan Razak,
- Zul Ariffin
- Jannah Nick
- Sangeeta Khrisnasamy
- Almarhumah Adibah Noor
- dan ramai lagi.
Bila diimbau kenangan tu, rasa macam Ya Allah, tak nak ianya berlaku lagi dan lagi. Banyak aktiviti kita terbatas, termasuk keluar bekerja dan anak - anak ke sekolah. Itulah antara ujian yang besar pernah kita hadapi. Sekarang kita masih di fasa endamik, dan hampir sahaja bebas untuk tidak memakai mask secara keseluruhan. Pemakaian mask masih perlu jika ditempat awam, dan sesak bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, termasuk jangkitan covid19.
Take Care semua.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.