Assalamualaikum =D
Hi Korang. Finally setelah sekian lamanya huda berangan nak update review ni, finally this is it. Novel Sekilas Kenangan ni ditulis oleh my favourite novelis, Damya Hanna. Bila sebut je nama Damya Hanna, mesti peminat novel semua kenal. Novel Sekilas Kenangan ini diterbitkan pada tahun 2020. Novel ini merupakan antara karya ke-13 beliau.
Apa yang huda boleh share tentang Novel Sekilas Kenangan ni, ianya merupakan salah sebuah novel yang berkisar tentang percintaan, persahabatan, dan ada kisah tragik yang menimpa hero dan heroin dalam novel ni. Ini bukanlah novel pertama, yang huda rasa lain dari lain apa yang Kak Damya Hanna cuba sampaikan, tapi kali ni huda rasa agak emosi sebab watak antagonis ni seorang penjahat yang berdendam dengan hero dan heroin, akibat tragedi 12 tahun yang lepas.
Novel Sekilas Kenangan ditulis oleh Novelis, Damya Hanna.
Overall huda rasa novel ni best. 8/10. Sebab ada beberapa kisah suspend paling huda nak tahu. Apa cerita di sebalik kejadian 12 tahun lepas, yang masih menghantui Jihad dan Hani? Apa kaitan kes tersebut, antara Jihad dan Hani? Watak Hani ni memang pelik, tapi actually dia normal. Macam mana Hani yang nampak normal, tapi sebenarnya dia ada penyakit PTSD? Persoalan ni semua ada dibenak, dan akhirnya dapat tahu penyelesaian kes diakhir bab novel Sekilas Kenangan.
Review Novel Sekilas Kenangan by Damya Hanna
Sinopsis dari belakang buku novel tersebut.
Dan di bawah ni review dari Farah
Kisah Tragik 12 tahun lepas, menyebabkan Ainul Tihani (Hani), ada penyakit PTSD. Manakala Jihad pula, dibuang keluarga, dan dipersalahkan kononnya dialah yang menjadi punca kehilangan adik perempuannya. Dia keluar dari rumah dengan perasaan yang bercampur baur. Selepas beberapa tahun, Jihad akhirnya menjadi seorang anggota polis dan bertindak untuk menyiasat semula kes 12 tahun lepas, yang menyebabkan kehilangan adiknya, dan masih menjadi tanda tanya. Yang peliknya dalam kes tersebut, ada salah seorang mangsa yang masih terselamat. Persoalannya siapa mangsa yang masih selamat tu? Macam mana dia boleh selamat? Persoalan ni yang masih berada di benak Jihad, dan masih belum berjawab secara teknikal. Penyiasatan masih berlangsung.
Tanpa pengetahuan Jihad, Ainul Tihani (Hani), yang merupakan jirannya itulah actually mangsa kejadian tersebut. Hani menghidapi penyakit PTSD akibat kejadian 12 tahun yang lepas. Keluarga Hani, bertungkus - lumus nak pulihkan Hani seperti sedia kala. Hani memang nampak normal seperti manusia biasa, dia bekerja sebagai seorang “Personal Shopper” dan tinggal bersama akaknya di Kuala Lumpur. Tujuan akaknya, Bariah inginkan adiknya sembuh dan tak ingat kisah duka 12 tahun lepas. Mereka sekeluarga melayan Hani dengan rapi, dan treat Hani macam tak ada apa - apa yang berlakunya. Cumanya kejadian 12 tahun lepas masih menghantui Hani dan masih menjadi tanda tanya dalam dirinya sehingga sekarang.
Akhirnya, kisah tragik terbongkar bila Hani sekali lagi di culik oleh penjahat yang sama. Kali ni, muncul pula watak Munirah, anak kepada penjahat tersebut. Dia berdendam dengan Hani. Jihad, yang masih menyiasat kes itu akhirnya dapat selamatkan Hani dan tangkap penjahat tersebut.
Akhirnya Jihad dan Hani bersatu. =D
Tamat.
Nak tahu kisah selanjutnya, kenalah beli novel Sekilas Kenangan by Damya Hanna.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.