Assalamualaikum =D
Hai semua. Hari tu huda berkesempatan makan dengan kawan dekat Zuru - Zuru, Nong Chik JB. Sebenarnya ni first time, huda dengar dan tahu kewujudan cafe ni. Untuk pengetahuan semua, Zuru - Zuru ni merupakan salah sebuah kedai steamboat yang asalnya dari Jepun. Owner Melayu, dan halal.
Sedap ke tak? Mahal ke?
Huda pun tertanya sendiri soalan ni sebenarnya, sebelum ke sini.
Datang sini, sebab kawan ajak. Katanya rindu nak makan Zuru - Zuru.
Since huda first time datang sini. So huda just biar kawan huda order hehe. Sebab tak tau how to order, kan ke setiap kedai lain.
Dekat Zuru - Zuru kira per head. 1 orang RM45. Lepas tu kena pilih set. Since huda first time, tak tau kena pilih set apa, jadi huda minta kawan huda je order. Selepas beberapa perbincangan kecil, kami decide pilih set kambing, daging lembu, dan ayam.
Kuah dia pula ada 4 jenis.
Kawan huda suggest yang light - cendawan sup dan kimchi sup.
Sos dia ada 4 or 5 jenis.
Huda pun main amik jer sos dia, sekali lagi kawan suggest.
Ada menu steamboat lain. Cuma tak banyak menu. Tp oklah.
Ada dessert, ada nasi goreng, ada air .
Steamboat and dessert u nak tambah berapa kali pun, its up to you (dah termasuk dengan harga per head). Cuma yang set bahan basah (kambing, ayam, daging), is too limited.
Comment huda (based on pengalaman first time):-
Rasa tak puas sebab set kambing, daging dan ayam seciput. Limited.
Tapi ada la menu steamboat lain, dessert, air tu you guys boleh tambah berapa kali pun. Its up to you guys sebab semua tu termasuk dalam harga per head tadi.
Sos, dan sup kimchi dia yang kawan huda suggest sedap.
Untuk repeat, maybe boleh. Tapi tengok pada keadaan. Untuk chit chat dengan kawan, tukar cerita boleh la kot.
Sekali - sekala nak makan mewah macam ni is allowed (untuk belanja diri sendiri hehe).
For more info Zuru - Zuru boleh baca details kat sini.
macam best tapi sikit pulak ek portionnya..tak puas makan kalo ciput
ReplyDeleteKadang rasa tak berbaloi bayar per head tapi ada jenis menu yg terhad. Kalau Huda kata ciput tu, mesti sikit nau2.
ReplyDeleteFirst time dengar Zuru Zuru. Ala terhad tu tak best la. Tapi lepas baca ni terliur nak makan stimboat. Hehe
ReplyDeletetapi masa kita makan bulan 9 , daging tu semua free flow laa.. kenyang makan hehehe. ke dah ubah
ReplyDelete