Selepas Hayyat jujur kisah silamnya, bole ke Aira terima - Sekali Lagi Cinta Kembali

Farah
0
Assalamualaikum =D

Hi semua. Hari ni nak share cerita tentang drama “Sekali Lagi Cinta Kembali”. Oh ye, dalam episode 16, Hayyat dia dah mengaku, dan cerita kisah silam dia, iaitu punca  dia boleh berpisah dengan Elina. Tapi boleh ke Aira terima Hayyat, selepas Hayyat jujur tentang kisah silamnya? Sama -sama kita nantikan jawapannya dalam episode 17 (hari ni 5 Oktober, pukul 7 petang di TV3). 

Sekali Lagi Cinta Kembali
Bagi yang terlepas nak tengok secara live dekat TV3, you guys boleh visit app atau laman web iQIYI.
Boleh tonton full drama Sekali Lagi Cinta Kembali dekat situ.

P/s: drama Sekali Lagi Cinta Kembali, ditayangkan setiap hari Isnin - Jumaat, jam 7 petang di TV3
(Setakat 4 October, semalam. Masih Lagi on going drama ni. Baru sampai Episode 16, 4 October 2022).

Bagi you guys yang mungkin masih belum menonton. Mesti tertanya, la siapa pula Elina, siapa pula Aira. Huda spill the tea sikit - Elina dan Aira, dua dua pernah, dan ada yang masih pegang title isteri kepada Hayyat.

Back kepada cerita Hayyat dan Aira - Review Sekali Lagi Cinta Kembali.
Kalau diikutkan awal episode, Hayyat dan Aira bukanlah saling suka antara satu sama lain, plus karakter yang mereka bawa ni menunjukkan “bukan mudah untuk jatuh cinta pada orang, since mereka sendiri ada kisah silam masing - masing. Sebab tu kot, nama cerita ni “Sekali Lagi Cinta Kembali,”

Kisah silam yang pada mereka, buat apa mereka nak bercinta balik sedangkan mereka masih terluka. Hayyat, terluka sebab perbuatannya sendiri. Aira, terluka kerana dilukai dan masih lagi tak berbaik dengan ibu kandungnya. Aira di halau dari Kampung, sebab marah adiknya akan berkahwin. Kenapa pula Aira nak marahkan? Itulah sebabnya, huda nak stay tune tengok drama ni. 

Apa yang membuatkan huda nak tengok drama ni, sebab kisah silam masing - masing.

1. Aira - kenapa Aira tinggalkan kampung dah lama tak balik? Kenapa mak dia, boleh tak suka dekat dia? Imran, siapa pula? Kenapa Imran tinggalkan dia? Kenapa dia marah adiknya yang nak berkahwin?

2. Hayyat - Hayyat ni, dia tak adalah misteri sangat huda rasa dalam drama ni. Tapi kisah silam dia. Kemahen berahsia Hayyat dalam drama ni, kisah silam apa tu yang dia sorok.

3. Aira dan Hayyat - Bila nak kahwin ada halangan, dan ada pihak menentang. Dapat ke Aira pujuk mak dia, dan dapat ke mak dia terima Aira semula?

4. Yang si Mak Long Hayyat tu, kenapa sibuk sangat nak kahwinkan anak dia dengan Hayyat. Yang anak dia pun gedik. Ehhhhh, geram kita! Ada cerita juga kenapa Mak Long Hayyat bercerai dengan suaminya.

Actually banyak lagi soalan. Since drama Sekali Lagi Cinta Kembali masih ditayangkan secara live dekat TV3, saya tak boleh nak share lalu ye sebab tak best pula kalau banyak spill the tea, hehehe.

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !