Assalamualaikum =D
Hai semua. Beberapa bulan lepas, nampak iklan Ijab Kabut ni dekat TV. Huda rasa tertarik nak tengok, dan seterusnya follow drama tu hingga ke hujung episode. Ijab Kabut still on going. Drama ni, disiarkan di saluran, atau aplikasi Viu Malaysia.
Deanna yang dilakonkan oleh Azira Shafinaz.
Genre drama - Cinta/romantic, comedy
Ijab Kabut ni mengisahkan Deanna, merupakan seorang Penerbit Music yang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang gilang - gemilang di Dewan Magika, yang juga menjadi kegilaan bakal pengantin. Beberapa hari selepas putus tunang, Khai yang merupakan Wedding Planner memberitahu Deanna bahawa Dewan Magika berjaya di tempah untuk majlis perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Tapi ada masalah besar dekat sini!
Tanpa pengantin lelaki, macam mana majlis perkahwinan nak di adakan?
Tunang Deanna, dah putuskan pertunangan mereka saat akhir. Dan perkara itu di rahsiakan oleh semua pihak, termasuk keluarga dia.
Tapi Deanna ni memang jenis yang taknak kalah dengan sepupu dia, dan nak sentiasa dilihat hebat, tak nak mengalah. Dia nak majlis tu di adakan juga di Dewan Magika.
Ini yang menarik.
Deanna mencari pengganti bekas tunangnya. Siapa yang nak jadi suami dia di saat akhir?
Mat. Yang memang sukakan dia?
Khai, seorang wedding planner yang tiba - tiba suka dia?
Gambar 1 (ep2) - Khai (yang dilakonkan oleh Fadlan Hazim)
Gambar 2 (ep 3) - Mat (yang dilakonkan oleh Iedil Putra)
For more info - boleh tengok full movie dekat Aplikasi Viu Malaysia
memang kabut betul ye.. nervous kalo kena wedding bebetul nih
ReplyDelete