Asal usul nasi Ambeng ni sebenarnya masakan Jawa, dan asalnya dari Indonesia. Di Malaysia popular di Johor, dan Selangor. Turut popular, di Singapura. (Wikipedia).
Nasi Ambeng versi Johor macam ni :-
Nasi Putih, Sambal jawa, Ikan kering, serunding, mee goreng, dan ayam (ayam biasanya masak kicap, rendang atau masak merah).
Its depends dekat mereka yang menyediakan nasi ambeng, nak masak ayam apa.
Apa tu sambal jawa?
Sambal jawa ni, sayur goreng yang di masak bersama tempe, tauhu, kacang panjang, suun, tauhu kering, letak kicap sikit.
Kalau nak letak hati or pedal (optional), udang (optional), pun boleh. Ikut resepi asal (Johor), letak kicap sikit, dan santan secukup rasa. Baru rasa dia umpppp. Nak ikutkan sambal jawa ni pun,banyak version sebenarnya.
Sambal jawa Versi simple - huda masak 😂
Ikutkan Nasi Ambeng pun ada pelbagai version. Ikut resepi family, dan negeri tersebut.
Untuk dekat Johor Bahru, kalau you guys nak rasa. Boleh singgah,
1) Medan Selera Mahsuri, dekat Bandar Baru Uda.
(Personally, huda pernah rasa sedap!)
2) Restoran Hj Briyani dan Ambang dekat Kempas
(Yang ni pun ok jela rasa dia, not bad)
3) Dulang Cafe, Setia Tropika
(Pernah rasa juga, harga a bit pricy. Tapi portion besar. Rasa dia sedap!)
Dekat Dulang Cafe ni, ada juga nasi Ambeng versi Singapore. U guys boleh try ok. Sambal kahwin dia tu, sedap. (Nama dia memang sambal kahwin, ahahaha. Tak silap asal Singapore).
Kesimpulannya, Nasi Ambeng popular dekat 2 Negeri di Malaysia (Johor, Selangor), dan di Singapore (Negera Jiran). Cara masakan, dan air tangan juga berbeza - beza. Jadi nak rasa boleh cuba di ketiga - tiga tempat.
sedapnya nasi ambeng..dah lama tak makan
ReplyDeleteSaya suka nasi ambeng. Portion besar. Lain tempat lain isinya. Ada juga yang bubuh mi goreng
ReplyDeletekata jawa world kan... arwah mak kita pun jawa juga...dan bermastautin di Seremban. kat seremban tu ramai makcik sedara, sepupu yg jawas juga
ReplyDelete