Hari tu keluar dengan sheisfarahain

Farah
1


Assalamualaikum =D Seperti biasa, blog farah akan menyajikan entry throwback. Tiba - tiba teringat, hari tu (Isnin), ada buat very short plan dengan Ain dekat Taman Merdeka. Janji keluar dengan sheisfarahain kejap. Seperti yang dijanjikan kami keluar pergi jogging kat Taman Merdeka (since belah petang, huda ada hal lain).

Keluar dengan sheisfarahain dekat Taman Merdeka JB
Sampai - sampai Taman Merdeka, huda tak jumpa ain dulu, since I the one late for 15minit. So ain jogging dulu. Walaupun janji keluar sama dengan ain, tapi kami berasingan kereta. 

I lambat sebab, kena isi minyak kereta dulu dekat stesen minyak terdekat lepas tu, baru la ketemu sheisfarahain. 

Sambil Brisk walk, sambil menikmati permandangan sekitar Taman Merdeka. Lepas Brisk walk, sempat ambil gambar 1,2 pemandangan di situ. 

 First time Sebenarnya datang sini. 2 lap je sempat je. Next time kita buat 3 lap pula 😅😂.

First impression kat Taman Merdeka ni, rasa best! 
Suka vibes sini.

p/s - Taman Merdeka Jb ni, sesuai nak hang out dan beriadah dengan family.

Keluar dengan sheisfarahain dekat Taman Merdeka JB
Thank you boss for the gift. Berguna ✌️.

Sambil brisk walk dekat Taman Merdeka, kita layan music. 

The quality of sound kira ok juga. 

Masa Brisk walk tu, terserempak dengan sheisfarahain. Habis je Brisk walk, ain dah tunggu. Thanks ain. Sorry ler I lambat, minyak kereta memang dah habis. Bukan apa, huda sejenis seram, kalau minyak kereta dah tinggal sikit. Masa weekend tak sempat isi, itu yang baru isi pagi tu sebelum ketemu dengan ain.

Keluar dengan sheisfarahain dekat Hutan Bandar JB
Lepas siap brisk walk, singgah pula makan dekat Hutan Bandar.

Well not bad, mee kolo (Sarawak dishes), dengan lontong kering (Johorean dishes).

Keluar dengan sheisfarahain dekat Sungai segget
Lepas tu, ajak ain teman jalan - jalan dekat Sungai Seget.

Cerita dia, huda beberapa kali juga lalu sini. Agak teruja sebenarnya dengan tarikan baru Sungai Seget. Sesuai kalau kita, nak ambil gambar kenangan di sini. Huda lalu sini, sebab ada urusan kerja. Bila urusan kerja, memang tidak huda nak menyinggah. Tak baik tau, ambil masa singgah tempat lain walaupun alang - alang you di luar. 

Thanks to ain teman huda. Ok finally dapat berjalan kejap dekat Sungai Segget yang dah diubah suai.

Ain kata, malam cantik. Ada lampu bagai.

Sungai Segget terletak di Tun Abdul Razak Susur 1, Wadi Hana, Johor Bahru.
(Near Bazar Karat dan City Square Johor Bahru)

Keluar dengan sheisfarahain dekat Sungai segget
Masa tengah berjalan tu, nampak orang ramai dok tunggu dekat pintu utama Complex Shopping Mall, City Square since Sungai Segget ni, betul - betul berhadapan dengan City Square.

Masa ni belum pkul 10 pagi. Ramai ye orang dah tunggu nak masuk City Square.

City Square memang menjadi tumpuan ramai, since ianya terletak betul - betul di Bandar Johor Bahru. One of mall yang lengkap semua ada. Nak tengok wayang, nak shopping, lengkap.

City Square yang mula dibina pada tahun 1999, ini kerap menjadi tumpuan orang ramai. Lokasi City Square di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru. Sangat strategic dan menjadi tumpuan rakyat Malaysia dan para prelancong dari luar negara.
(info - Wikipedia).

Keluar dengan sheisfarahain dekat Stulang laut JB
Dah alang - alang tu dekat area Bandar, ain ajak singgah stulang laut kejap.

Keluar dengan sheisfarahain dekat Stulang laut JB
Take a selfie with sheisfarahain gitu.

Thanks for your time. Next time ada masa kita lepak lagi.

Kadang bila dah tua gini. Jumpa kejap, pun jadi.
Kalau tak jumpa, Sesekali keep in touch la dengan member - member yang kita rapat by media social or WhatsApp. Kejap je. At least Tanya khabar.

Jadi persahabatan tu, tak renggang mana, Sebab ada keep in touch juga. Betul tak? Keep in touch tu, you nak comment dekat post kawan you pun takpe. At least sesekali, you bebual.

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. semoga ukhuwah berterusan. ya, dapat jumpa kejap pun cukup nak create memori

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !