Melayan perasaan dikala hujan

Farah
1
Assalamualaikum =D

Eh tajuk, mengundang - Melayan perasaan dikala hujan. 

Hujan renyai- renyai. Sejuk. Memang best kalau tidur.
Tapi kat pejabat, nak tidur apa?
Hari ni, masuk half day. Semalam dah cuti, kalau cuti lagi memang nak kena hempuk huda ni 😂.

Jadi I decide to buy a kopi. Unplanned. Tetibe nak something yang manis. Pastu once dapat je kopi, rasa macam “fresh” sikit 😅🙃. 

betul la orang kata, kopi ni boleh tolong juga boost mood kita. Cuma jangan sampai addicted sudah.

Since august lah, huda tetibe suka kopi.
Tula if rasa nak “boost” mood kekadang beli kopi.

Sebulan sekali or, sebulan dua kali, cukup.
Kalau tak, habis duit aku.

Betul lah kan, huda melayan perasaan dikala hujan 😅.

p/s - tengah tunggu makanan siap. Tapau (bungkus), tula sis ‘melayan perasaan’ kejap.

Lepas tu update blog terus.

For me, if I writing walaupun tak meluah perasaan. Tapi sebenarnya I “luah” secara general 😂, dengan menulis macam ni.

Gigih la sis update blog dekat kereta ha 😂.

Ya Allah, serious rasa fresh! 
Cuba korang try.
Kekadang menyendiri dan menulis, best.

Or carilah hobi yang boost mood korang ✌️.


Set timer, lepas tu ambil gambar. Nasib ada phone holder, membantu. Phone holder baru sampai semalam. 

Suka la sis. Maklumlah, selalu memang waze nak pergi mana mana. Kalau first time pergi sesuatu tempat, memang waze la membantu. Even dalam JB.

Ha, jangan gelakkan sis tau 😂🤪. Huda jenis dok JB pun, tak hafal jalan. Unless tempat selalu pergi tu, sis hafal la jalan. 

p/s - siap writing, makanan siap. Publish post terus. Ni nama dia entry spontan 😂.  Thanks baca entry kita ✌️🤍🌸.

6.15pm - 13/12/2022

p/s - membebel dalam kereta (melalui penulisan pun panjang kan).

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !