Assalamualaikum. Jika seseorang meninggal dunia dalam keluarga, itu pun antara ujian buat kita. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita ‘pulang’. Sedih. Itulah perasaan yang kita rasa, bila salah seorang dari keluarga, atau kenalan kita ‘pergi tinggalkan’ kita. Atok dah takde. I could not express other feeling, rather than “sadness”. Tapi kami Redha. Atok dah 3 tahun sakit. Sedih tengok atok kena angin ahmar sebenarnya. Selama 3 tahun atok berjuang melawan sakitnya ðŸ˜.
Saat tu, hujan lalu turun agak lebat. Keadaan itu, bagai memahami perasaan kami. Keadaan yang sedih, pilu, tapi dalam masa yang sama kami sekeluarga perlu Redha dengan pemergian atok. Atok dah takde. Kalau aku Cucu dah sedih, apatah lagi abah dan makcik pakcik aku (anak kepada Atok). Tapi kami Redha.
Alhamdulillah, masa kebumi kan atok tu, hujan stop kejap. lepas atok dikebumi, dan Lepas mereka (yang hantar atok ke kubur) pulang ke rumah, hujan turun lagi dengan lebatnya.
Atok ‘pergi’, Khamis 19/1/2023.
Kami (anak dan cucu atok), terus bergegas pulang ke kampung. Bila dpt call atok dah takde. Kerja kami tinggalkan seketika, bagi melihat atok buat kali terakhir. Ya Allah, time tulis pun sedih rasa.
Masa atok sakit pun, kalau ada apa - apa function teringat atok. Atok aku, memang jenis active betul orangnya time dia sihat. Kalau ada kenduri ke apa, dia antara orang yang takkan lepas tangan. Anak anak dia yang risau, bila dia active sangat 😂. Atok yang tak reti duduk diam, suka tanam pkok bunga. Kau tengok apa je, keliling rumah tu semua dia tanam. Kenangan.
Semoga Roh atok ditempatkan dikalangan orang beriman. Al - Fatihah untuk atok perempuan kami.
Takziah diucapkan. Semoga atuk ditempatkan di kalangan orang2 soleh.
ReplyDeleteAl Fatihah... Takziah buat Huda sekeluarga.. Moga arwah atok Huda ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.. Aamin!
ReplyDelete