Assalamualaikum =D . Orang kata, kalau Allah cakap dia jodoh you, InshaAllah you guys akan bersatu. Tapi jika seseorang ditakdirkan bukan jodoh kita, you struggle macam mana pun, dia bukan jodoh you tau. Begitulah kisahnya dalam novel Hati yang Kau Curi ni. Hati kita tahu sebenarnya, sejauh mana kita suka, sayang someone, dan sejauh mana hubungan kita boleh pergi. Segalanya kita cuba sedaya upaya pertahankan hubungan dan kemudiannya serahkan pada Allah.
Kisahnya bermula bila tanpa sengaja seorang gadis misteri datang ke party private-nya, tanpa diundang. Di situ, terdetik rasa ‘suka’ pada hati Adri kepada gadis tersebut Yang telah memikat hatinya. Lenggok tari gadis you masih diingati. Adri mash mencari gadis misteri yang tiba - tiba munculkan diri, dan kemudian tinggalkannya tanpa sebarang notice. Dalam masa yang sama, dia meneruskan kehidupannya sebagai seorang editor seperti biasa. Baru dia teringat yang jacket dan helmet gadis misteri tu ada dirumahnya. Tertinggal. Adri berfikir bahawa mungkin akan ada peluang yang cerah, untuk berjumpa dengan gadis misteri tersebut Kelak.
Lara yang sedar akan kehilangan jacket dan helmet adiknya, bergegas ke rumah jejaka misteri tersebut. Tanpa dia sedari, lelaki itu berada di rumah. Mereka sempat berkenalan, Dan berbual seketika. Dengan keadaan tergesa- gesa, Lara memberi nombor telefonnya kepada lelaki itu. Di situlah mereka tahu nama masing- masing.
Perempuan misteri - Lara , Lelaki Misteri - Adri.
*Ini permulaan cerita dia, dalam novel. Huda cuba untuk ringkaskan.
Actually dari awal penceritaan Lara berperwatakan pelik. Rupanya dia ada masalah mental, kerana stress yang terlampau dari sejarah silam.
Adri percaya yang Lara boleh pulih dari sakitnya.
Macam - macam Adri ni usaha untuk dekatkan diri dia dengan Lara. Yakinkan yang dia betul - betul ikhlas dengan Lara. Yakinkan keluarga Lara.
Tapi kedatangan Dr Imran buat dirinya rasa tergugat. Lebih lagi Dr Imran, merupakan Dr yang merawat Lara. Doctor yang paling rapat dengan Lara, dan turut ada hati dengan gadis pilihannya.
Tapi Adri tidak berputus asa, apa jua perkara yang berlaku, dia akan tetap jaga Lara. Sanggup korbankan diri dia, sebab nak dapatkan cinta Lara.
Bagi Lara, dia masih keliru dengan lelaki yang bernama Adri. Dia hanya focus pada dirinya. Dia berharap, dia dapat pulih sepenuhnya di pusat rawatan itu. Malah dia berjanji cuba kawal emosi, dan tekad untuk tidak mengamuk lagi. Jika dia focus untuk mengawal emosinya, pasti dia akan cepat keluar dari pusat rawatan itu dengan cepat.Dr Imran berjanji akan keluarkan dia dari situ. Dia berazam nak capai cita - citanya sebagai seorang pelukis terkenal.
Tapi dapat ke Adri cinta Lara?
Bagaimana dengan kuwujudan Dr Imran?
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.