Teman adik beli buku dekat Popular Southkey Mid Valley JB

Farah
2

Assalamualaikum, =D . Hari ni, huda rasa hari yang “fresh” dan “relax” buat huda. Few days, mix feeling and more too sadness sebab atok perempuan huda dah takde. Khamis - Sabtu memang kat kampung. Then Ahad tu, just stay home . Aku kalau stay home pun,boleh jadi tak tau buat apa. Kadang bosan, tengok phone. Masak. Baca buku. Tengok phone dan semalam terbeli e-book dekat shopee. Hari ni, aku teman adik beli buku dekat Popular Southkey Mid Valley JB. 

Plan asal memang nak teman adik ke Popular Southkey Mid Valley. Tapi perempuan biasalah. Pergi kedai lain dulu, baru tujuan asal 😅. Huda ni, bila dah singgah Watson, tahu jelah, tu kan one of tempat ‘berhantu’ bagi kaum wanita. Ada je benda nak dicapai. Kalau tak capai tak boleh agaknya ✌️. Selesai beli barang dekat Watson, kami ke Daiso, seterusnya baru ke Popular. 

Dua adik huda yang study kat Universiti tu, tengah cuti. Mereka di JB. Since diorang dah lama tak beli buku, itu ler ajak akak dia, teman. Yang akak dia pun, sejenis tak boleh pergi kedai buku juga. Kedai buku tu macam ‘berhantu’ buat kiteorang. Asal masuk je, mesti akan beli buku, hehe ✌️.

Warkah buat manusia kecewa - Popular Southkey Midvalley JB

Dapatlah 2 buah buku untuk Farahuda - Warkah buat buat manusia kecewa dan buku Cuak dekat Popular Southkey Midvalley JB. 

Kali ni beli buku baru, karya ke9 Faiz Ibrahim, dan buku motivasi. Dua - dua buku ni, ke arah you nak sembuhkan luka. Tapi percayalah, saya tidak terluka. Alhamdulillah dah ok. Huda jenis suka baca buku berlainan genre, itu yang huda pun beli je dua buah buku ni. 

Yup, kenalah tukar genre pembacaan baru la best. Takkan nak focus pada novel cinta je. Bosan gak.

Lepas beberapa ketika di Popular Southey Mid - Valley JB, kami ke tingkat bawah sekali. Konon nak makan boat noodles la. Tapi since beratur berderet, cancel terus. Perut dah lapar. Solat belum lagi.Ya Allah serious ramai gila! Bayangkan dekat tingkat bawah sekali, nak makan pun, most of the restaurant kena beratur. Kalau beratur seorang dua takpe,ni panjang. Aku yang dah lapar, tahan jelah kejap.

Tealive Southkey Midvalley JB

Huda cakap dengan adik, beli la air manis dulu at least isi perut. Sebab memang dah lapar sangat - sangat. Pula huda sejenis, ada gestrik. Bukan tak nak balik terus, tapi ada nak beli beberapa barang lagi. Settle beli, kami balik. 

Last - last kami decide, untuk beli KFC je. Drive thru KFC berhampiran rumah. Fuh. Serious ramai tak terhingga. Iyelah Cuti Umum - Sambutan Raya Cina kan? Mestilah family ambil masa ni,untuk hang out. Ke hangout dengan kawan ke. Kata cuti. Bila kerja, time public holiday gini ler kita nak ber’gumbira’ (bergembira). 

Midvalley Southkey JB

Oh ye,kebetulan tadi ada persembahan Naga dekat Mid Valley JB. Nice persembahan mereka. Huda seriau sebenarnya tengok dia dok menari - nari atas yg tinggi tu. Tapi mereka dah profesional dalam bab bab tu. Kita tengok je seriau.

You guys cuti raya cina je pergi mana? 


Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ikut hati tak nak pergi mana-mana tapi dah ada wedding, terpaksalah balik kampung. hehe

    ReplyDelete
  2. Whoa... Seronok masuk kedai buku.. Nona dah tak terbeli buku sebab yang ada pun tak habis baca lagik 😂 Entah apa bz nauu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !