Random story on Weekend

Farah
2
Assalamualaikum. Tiber nak throwback cerita weekend lepas. Iye, huda publish ni selasa, gitu la huda suka throwback kadang - kadang. Ecehhh, sebenarnya huda nak cari story, untuk selang seli dengan review punya entry 😂, itu yang huda update je random story. Bercerita tentang kisah throwback last weekend. Last weekend biasalah, kalau tak ada pergi mana, rumah lah tempat bersenang - lenang.

Random entry ni di update ikut cerita based on gambar ✌️. Cerita ni dimulakan dengan hari Jumaat.

Lepas kerja, terus drive pergi Bandar Ada Event.
Settle event, balik. 

Walaupun malam masih muda, esoknya weekend. Tapi penat geng. Sebab pagi tu dah kerja, kan.

Before balik, kita ambil gambar dengan kengkawan blog dulu.

Sempat lah ambil gambar kat sini sekejap. 

Sabtu - tak masak 😅( plan nak keluar), lepas tu ada aktiviti adik beradik (inc teman adik aku shopping)

Hari tu pergi Watson. Ada 4 counter pun, kemahen ek dia punya ‘jammed’ depan counter tu. 

Ramai orang nak ‘topup’ barang keperluan, termasuk la huda. Biasalah, awal bulan.

Then adik ajak makan Johnny Steamboat.
Amik banyak sayur, Konon vage 😂.

Sedap kuah dia. Lama sangat tak makan.
Thanks belanja 🤭

Ahad keluar kejap, pergi rumah mak usu. Sempat ah selfie 😂, dengan niat nak review sekali tudung tu. Tapi nanti kita buat entry lain tau. Maklum ler, since suka pakai shawl kain Jersey tu, since that la tambah lagi 1 warna tudung Jersey, selain hitam dan pink.

Sesekali upload gambar selfie, dan muka bertambah bulat.
Another tudung “malas”. Perempuan ni, memang nak kena ada tudung, dan baju yang tak payah gosok.

At least satu dua. Just nice.

Finally dapat beli shawl jersey tu, yang murah.
Murah dah ler. RM10 😂.
Kain dia lembut, selesa pakai.
Itulah huda sampai cari kat Shopee. Murah sikit.


Bersiap walaupun tak rupa siap sangat, mesti la ada purpose keluar. Bila dah 30an ni, just nak keluar for purpose. Takde purpose dok rumah jela.

Dalam perjalanan balik dari rumah mak usu, tiber craving minum kopi, walaupun dah makan nasi goreng kat rumah.
So singgah la beli air. Nasib murah. RM3++.
Kopi ikat tepi kat JB mahal sikit, biasanya. Harga biasa around RM5, atau RM6.

Pelik den.
Kalau dekat Muadzam, Pahang dulu. Beli la limau ais ke, teh o ais ke, mesti harga air biasa. Ikat tepi juga plastic ya.

Bila dekat JB yang ikat tepi semua kopi dan air viral 😂.

Dah minum kopi, pekat betullll pula tu, kopinya. So confirm I memang tak boleh tidur. Jadi cari la benda boleh buat. Blogging. Yup. Itulah kerjanya.

Update entry collaboration. 
Alhamdulillah dah submit link ✌️.

Conclusion dari random entry - just do you. Buat terbaik untuk happy kan diri you, Sebab Esok Isnin (hari bekerja).




Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Happy weekend... Memang syok kalau dapat penuhkan aktivitikan kita setiap hari dengan perkara best2... Semoga akan datang lagi syok ye

    ReplyDelete
  2. Lama tak jumpa Huda. Hari tu event kat Opero Huda takde pulak. 4 lane pun panjang ek beratur, kalah shopping kat Mydin, hihi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !