Buka Puasa dengan Set Nasi Hujan Special di SDS Cafe

Farah
2

Assalamualaikum. Masih lagi dengan tema berbuka puasa di bulan Ramadan 2023. Kali ni, huda nak share dengan you guys menu terbaru dari SDS Cafe, yang berasal juga berasal dari Negeri Terengganu iaitu Nasi Hujan. Set Nasi Hujan merupakan special Raya Menu, tapi dah disediakan untuk para pelanggan sempena bulan Ramadan 2023. Meaning, sepanjang bulan Puasa, dan Raya you guys boleh rasa Nasi Hujan dari SDS Cafe. 

Nasi Hujan Panas SDS Cafe 2023

4 set Nasi Hujan diperkenalkan buat para pelanggan - Nasi Hujan Daging Masak Belada Hitam, Nasi Hujan Ayam Masak Kicap, Nasi Hujan Kebab Ayam, dan Nasi Hujan Classic Fish Dish. Keempat - empat set ini pula dihidangkan bersama, Tempe Crispy, Sambal Belacan, Sayur Campur dan Telur Masin.


Nasi Hujan Panas SDS Cafe 2023

Nasi Hujan Panas SDS Cafe 2023

Nasi Hujan Panas SDS Cafe 2023

Nasi Hujan Panas SDS Cafe 2023

Personally huda suka Nasi Hujan dengan Kebab Ayam. Oh dia punya Tempe tu crispy, dan rasa rempah dia sedap. Nasi Hujan dengan Daging Masak Belada Hitam pun, sedap rasanya. This two dishes, kira menu favourite huda untuk season Puasa dan Raya.

 

Air Cendol SDS Cafe 2023

Untuk air pula, specialnya sepanjang bulan Ramadan dan Raya ni - SDS bawakan khas Cendol untuk para pelanggan.


Promo Set Nasi Hujan Panas ni available dari 23 March 2023, hingga 7 May 2023 sahaja tau. Cepat - cepat serbu SDS Cafe, sebelum promosi tamat.


Hamper raya SDS Cafe


Oh ye, kalau nak beli set hamper raya pun ada. Setiap tahun, SDS akan buat SET hamper raya special buat para pelanggan. Nak beli untuk diri sendiri boleh, nak bagi gift kat family atau kawan pun boleh.


Kuih Raya yang sedap huda suka dekat SDS, Nyonya Pineaple Cookies (Tart Gulung), Cashew Nut Cookies, dan Snow Almond Cookies. Kuih Raya SDS harga start from RM28.80 hingga RM35.80.

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Macam pelik namanya Nasi Hujan, biasa jumpa Nasi Hujan Panas, hihi.

    ReplyDelete
  2. Ramadan ni belum lagi berbuka di SDS.. memang akan ada harinya Sis sefamily berbuka di SDS hehehehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !