Personal Story - diary raya Farah

Farah
1

Assalamualaikum. Bila pengunguman raya diumumkan je, auto lega huda rasa. Sebab raya 22/4, hari Sabtu. Meaning, Jumaat tu sempatlah nak kemas rumah dan prepare masak raya kang (tolong mak je). Maklumlah, kita bab masak portion banyak aku tak reti sangat 😅. Kang jadi lain, susah pula. Kalau setakat masak portion untuk family, aku onz la. Tapi rendang, memang tak reti lagi 😅🤭. Raya kali ni, lagi best dapat public holiday dua hari, Jumaat dan Isnin. Lama lah sikit kita cuti kan. 4 hari oklah tu. Jimat gak annual leave kita kan 🤭.

diary raya Farah
Tahun ni, huda dan family pilih tema hitam.

Cerita raya pertama macam biasa jelah. Since kampung dua - dua pihak (mak abah), area Johor je jadi terus raya dekat rumah family belah mak and abah terus. 

diary raya Farah
Ni Lauk Raya kat rumah (mak masak).

Rendang Ayam
Ayam masak lemak cili padi
Sambal Goreng Jawa (huda masak).

Lain semua mak masak ✌️. Sambal Jawa tu senang, oklah nak masak. kalau tak pedas tu, bukan huda la masak. Nak nak sambal, memang kena pedas sikit baru berasa 😅✌️.

InsyaAllah nanti I belajar la masak big portion hehehe.

diary raya Farah
Bila datang rumah pak usu, makan nasi lemak sambal udang pula.

Balik kampung, ada rendang daging, rendang ayam, ketupat, ayam masak merah. Macam - macam ada. Biasa kampung memang banyak makanan, sebab ramai.

Kalau ramai, memang lagi meriah gitu.

Sekian je, raya pertama punya cerita.
Gambar raya, sapa friends dengan huda jela upload situ 🤭. 
Of course la kita sejenis upload gambar kan. Tapi tulah, kat blog or public ni, I “liat” sikit nak share, atas sebab sebab tertentu gitewww.

Raya kedua.
So ni cerita raya kedua, yang dikatakan ringkas juga.

Since cousin aku ada, so kiteorang decide cousin day out for today.

Bukan senangkan nak jumpa masing - masing. Alang - alang raya, so kita onz jela.

diary raya Farah
Plan lepak dekat one of restoran area Bandar JB.

diary raya Farah
Tak tahan bau coffee dia, dari masuk kedai tadi. Kuat sangat. Tergoda sampai 😅.

Jadi decide la beli latte.
Dengan harapan moga malam ni tido lah ye.

Balik je dari lepak, join pula cousin beraya kat rumah makcik kejap.

So yeah, itulah cerita raya kita pada hari ni.

Esok not sure la, maybe dok rumah. Raya keempat ada plan best punya. Yang tu nanti kita story lain 🤭.

Last but not least, bila Raya dan jadi orang dewasa. Memang rasa raya tu, bebiasa. Tapi dalam masa yang sama kita faham apa maksud raya. The defination of raya mungkin juga berbeza utk setiap orang. Tapi setiap orang akan spent time dan kualiti masa yang ada bersama family.

Memangnya family yang utama beb!
Apa pun family.

Dapat bagi duit raya, dan tengok mereka yang terima duit raya dari kita tu happy. Kita pun happy. Contoh macam anak sedara aku - dia tahu duit raya tu apa dah. Ye, dah 5 tahun. Kemahen minta duit raya lagi dari Aunty Da dia ni (its me) ✌️. So bagi la lagi satu (amount sama dengan anak sedara sepupu), walaupun yang pertama tu amount dia special sikit (since dia anak abang aku).

Dewasa ni, mengajar untuk kita memberi. Bila memberi tu, kita nampak orang happy pun kita happy. You bagi je duit raya berapa you mampu. Duit raya ni kira umpama sedekah. Jangan push diri kita. Kalau atau andaikata, tak cukup its ok. Tak bagi pun takpe. Asalkan kita share dengan orang yang paling dekat dengan kita, parents atau anak kepada abg, akak atau adik kita.

Yang penting raya happy. Masa raya la ada masa jumpa cousin 😊.

Selamat Hari Raya semua.

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ai pun tak reti masak dalam portion yang banyak .. At least ada jugak ko Masak, aku ni..tlg basuh pinggan je..hahahaaha.. Salam Aidilfitri Hudan Dan keluarga...Cantik tema hitam..Simple but nice ur baju raya ❣️ Ye..dah besor ni, memang tak rasa sangat raya pun..tapi tengok Bebudak happy dpt duit raya, kita pun happy ler ❣️🌹

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !