Resepi Spaghetti goreng simple ala melayu

Farah
1
Assalamualaikum. Since dah lama tak masak spaghetti goreng, so I decide masak semalam. Spaghetti ni sangatlah simple, tapi sedap. Tiber puji masakan sendiri. Resepi ni macam masak mee hoon, mee goreng je. Simple.
Resepi Spaghetti goreng simple ala melayu
Resepi kali ni, huda masak bersama Ayam Goreng (Ayamas frozen). Yang ni huda goreng dulu.

Texture dia, huda buat tak kering sangat.

Resepi spaghetti ni juga boleh tambah telur if you guys nak.
Untuk resepi kali ni, huda share resepi spaghetti simple tanpa telur. 

Resepi Spaghetti Goreng Simple ala Melayu (tanpa telur).

Bahan - bahan 
Bahan - bahan untuk dikisar
15 tangkai cili kering (buang biji, rendam dengan air panas atau boleh juga rebus)*
2 biji bawang merah (dihiris nipis)*
7 ulas bawang putih (dihiris nipis)*
Sedikit udang kering*

Bahan - bahan optional
Fish Cake
Fish Ball
Ayam Goreng Ayamas Frozan (digoreng berasingan, dan dihiris nipis)
*bahan bahan ni, letak ikut berapa korang nak letak.

Sos sos tambahan
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis

Garam
Ajinamoto

Cara memasak
1. Rebus Spaghetti hingga empuk (huda guna Spaghetti dari Kimball). Kalau dah empuk, toskan Spaghetti tersebut.
2. Goreng Ayam dari Ayamas (frozan). Bila dah masak, hiris nipis. 
3. Ok ni start nak masak spagehtti. Panaskan minyak, tumiskan bahan - bahan yang dah dikisar tadi. Masak hingga bahan tumisan tu garing. (Huda suka guna konsep garing, sebab dia betul betul masak. Bukan sekadar pecah minyak).
4. Bila bahan tumisan dah garing, masukkan bahan - bahan optional tadi (fish cake, fish ball dan Ayam Goreng Ayammas).
5. Masukkan sos - sos tambahan, garam, dan ajinamoto secukup rasa. Biarkan ianya mendidih lagi sekali.
6. Masukkan spagehetti yang telah direbus tadi. Gaul - gaul kasi rata. 
7. Bila dah betul - batul masak. Boleh hidangkan.

Bolehlah buat as one of menu rumah terbuka, hehehe.

Selamat mencuba.








                  

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Best jugak makan Spaghetti Goreng lepas pulun ketupat ngan rendang jer kan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !