Subuh : 2 Cara Bangun Awal Waktu Subuh

Farah
1
Subuh merupakan antara satu daripada solat 5 waktu yang wajib, dan dituntut untuk dilakukan pada setiap hari. Waktu solat Subuh adalah pada waktu terbitnya fajar, dan sebelum terbitnya matahari mengikut kawasan, daerah, dan negeri masing - masing. 

Subuh : 2 Cara Bangun Awal Waktu Subuh

Cara nak tahu Waktu Solat Subuh dengan tepat
Boleh download app Solat dekat App Store, atau Google Play Store.

Contoh - Aplikasi Solat “Noor” . Dalam application ni lengkap waktu solat, ada Al - Quran, Doa - doa, dan sebagainya. 

Aplikasi ni perlu ada, sebab kalau kita travel, ianya sangat membantu. 

Niat solat subuh dan cara melakukan solat subuh.

1. Mesti dalam keadaan bersih dan suci dari hadas.
Contohnya, untuk wanita tak boleh solat kalau tengah period, atau datang bulan. Sebab itu dikira, kita dalam keadaan berhadas dan tidak bersih. So tak boleh solat, tapi kita disarankan untuk perbanyakkan zikir.

2. Niat Solat Subuh

Niat solat subuh
“Sahaja Solat Subuh 2 rakaat tunai, kerana Allah Taala,”

3. Cara lakukan solat subuh dua rakaat (seperti di dalam video)


4. Doa Qunut
Doa qunut di baca selepas rukuk pada rakaat kedua, dan sebelum sujud. Doa qunut sangat dituntut untuk di baca,kerana Doa Qunut termasuk dalam Sunat Ab’adh. Dimana, jika kita tertinggal bacaan Doa Qunut, kita disunatkan buat sujud Sahwi.

Doa Qunut :-

Doa Qunut, doa yang disunatkan baca solat subuh

Pengertian Doa Qunut :-
Ya Allah kurniakanlah aku hidayah, sebagaimana mereka yang telah Engkau kurniakan hidayah,
Kurniakan kesihatan kepadaku, sebagaimana mereka yang telah Engkau kurniakan kesihatan,
Dan pelharalah aku, sebagaimana orang - orang yang telah Engkau pelihara,
Kurniakan keberkatan bagiku pada apa - apa yang telah Engkau kurniakan,
Dan selamatkan aku (dengan RahmatMu Ya Allah), dari bahaya yang telah Engkau tentukan,
Maka sesungguhnya, Engkau yang menghukum dan bukannya yang kena hukum,
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi,
Maha Suci Engkau wahai Tuhan Kami dan Maha Tinggi,
Maka Engkaulah segala pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan,
Dan kami memohon ampun dari -Mu dan kami bertaubat kepada -Mu,
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera e atas junjunan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

5. Doa
Selesai solat, dituntut baca doa.

2 Cara untuk bangun awal pada waktu Subuh

1. Niat bangun Subuh
Niat ni maksudnya kita dah ada tujuan nak buat sesuatu. Bila dah ada tujuan, senang kita nak gerakkan diri kita melakukan sesuatu tanpa dipaksa.

So kalau kita dah niat nak bangun awal, InsyaAllah senang nak bangun. 

Contoh niat simple sebelum tidur - “Ya Allah, esok macam nak bangun pukul 5 pagi. Hope esok terjaga awal. Dapat ngaji sikit or solat subuh awal,”. Doa tidur jangan lupa tau. 

2. Tidur Awal
Sebenarnya nak bangun awal, kena tidur awal. Misalnya set sebelum pukul 12.30am kena tidur, sebab takut terlajak. Tapi tengok orang juga, sebab setiap orang mempunyai berbeza tanggungjawab pada diri, kerja, dan keluarga. 

Baca juga - Tips bangun awal

Apa pun setiap perkara yang kita lakukan sebenarnya, kita kena practice to do so. Somehow, kena paksa diri, terutama bab solat (solat subuh misalnya). Semua orang not perfect, tapi kita cuba jadi yang terbaik untuk diri kita. InshaAllah, can =D. Slow - slow kayuh orang kata. 

Kesimpulannya, Solat merupakan tiang agama, dan wajib dilakukan bagi tiap - tiap umat Islam. Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isyak. 5 waktu ni, wajib untuk kita lakukan setiap hari. Kalau kita jaga solat kita, InsAllah Allah waktu lain kita pun terjaga. Semua rasa easy going. Dan kalau ada kesempatan, kita dianjurkan juga untuk buat solat sunat. Solat Sunat ni tak wajib, tapi kalau buat dapat pahala dan ada benefit tersendiri. Contoh, solat Tahajud, Solat Sunat Istikharah, Solat Sunat Hajat, dan, sebagainya. Bukan itu sahaja, sedekah Subuh juga disarankan untuk dibuat. Benar, kita boleh sedekah pada bila - bilamasa sahaja, tapi Nabi s.a.w menyarankan kita untuk melakukan sedekah subuh kerana ianya merupakan sedekah yang terbaik. More info boleh baca di sini.






Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Biasanya kalau tidur awal. bangun pagi tak liat.
    Saya pernah tidur selepas solat isya. Memang badan cukup segar bertenaga. Bangun pun sudah tentu lebih awal.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !