Assalamualaikum, and hai. Mencari buffet Murah area JB? Untuk kali ni, huda nak share satu buffet murah area JB,bawah RM50. Rasa makanan dia is not bad guys, sedap. Ada masakan melayu, spageheti, nasi goreng, nasi lemak, Char Kuew Teow Penang, dan ada lagi beberapa jenis makanan yang you guys should try.
BUFET DINNER DAN LUNCH dengan HARGA MURAH sangat!
Dengan hanya RM43/adult dan RM25/child,you guys dah boleh nikmati buffet dinner dan lunch dekat GBW Hotel Johor Bahru.
Buffet Dinner dekat GBW Hotel, akan diadakan setiap Khamis hingga Sabtu.
Buffet Lunch you guys boleh nikmatinya setiap hari.
PROMOSI berlangsung dari JUNE hingga SEPTEMBER sahaja.
Promosi Buffet Dinner - beli 5 percuma 1
Promosi Lunch Buffet - beli 7 percuma 1
Lunch Buffet (setiap hari) - 12pm hingga 2.30pm
Buffet Dinner (Khamis hingga Sabtu) - 6.30pm hingga 9.30pm
Cerita dia, hari tu huda dan kawan - kawan pergilah dinner dekat GBW hotel, and of coursekami nikmati buffet dinner yang murah tu.
Kambing Masak Hitam ni, serious sedap!
Masa makan hari tu, huda tiba - tiba teringat masakan ex - housemate huda masa belajar kat Pahang.
Udang Nestum,
Ok yang ni, kalau tak ambil rugi tau.
Walaupun huda sejenis elergic dekat few makanan laut,tapi kalau dah ada depan mata tu dia macam, susah nak elak. Mesti tergoda, lalu ambil dan makan sikit, buat buat rasa.
Telur Bistik dia pun not bad rasa, sedap.
Char Kuew Teow dia, diterbangkan dari Penang guys.
Eh tak, resepinya dari Penang.
Nampak menyelerakan bukan?
Mee Kari pun ada.
Hari tu masa buka puasa, tak sempat nak makan nasi lemak. Ni barulah huda sempat rasa nasi lemak dia.
Maafin, huda memang sejenis ‘hantu’ sambal. Sambal dia tak pedas sangat, dan rasa dia sedap!
Paru berlado dan ayam berempah pun nice.
Sebab tu korang kena datang, dan cuba sendiri buffet dinner murah dekat GBW hotel ni.
Nasi Goreng Udang.
You guys must try juga.
Last but not least, kita sudahkan buffet dinner kita dengan hidangan ABC DIY sdn bhd, by me. Tiber.
Since I sejenis ‘minat’ dengan buah kabung, of course buah kabung I kena banyak sikit bila makan ABC gitu.
Oh ye, huda ada buat reels (short video) untuk buffet dinner ni,
Jangan tunggu lama -lama, nanti lama - lama korang makin terliur hehe.
Jemput singgah makan Buffet Murah dekat GBW Hotel.
Oh ye,promosi dari June hingga September 2023 je tau.
Untuk booking boleh call En Syahmi dan Puan Aiza - +60167100058 & +60167233558
Location GBW Hotel - 9R, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor
Memang murah tawaran harganya, mampu bayar!
ReplyDeleteMenunya pun pelbagai.
murahnya harga... nak pergilah nanti
ReplyDelete