Journey beli skincare baru

Farah
1

Assalamualaikum. Hye semua, a short diary since ini blog personal. Kali ni nak tulis cerita pendek tentang journey beli skincare. Setelah bertahun lamanya, huda fix dengan Himalaya. So now, huda plan untuk tukar kepada produk Cosrx dan Skintific. Sebelum huda plan nak tukar skincare ni, sekali lagi huda check jenis kulit huda macam mana. Minta pendapat cousin dan doctor penal, sebelum buat keputusan beli product penjagaan muka yang lain.


Result skin test huda
Ternyata sangkaanku tepat yang huda ni, kulit jenis sensitive dan combination skin.

Maksud combination skin type tu - ada kulit kering dan berminyak. Berminyak tu, biasanya dekat T zone.  Kalau kering, selain dari T zone.

Journey beli skincare baru
Huda beli set kecik dulu, untuk trial.

Kenapa huda decide untuk tukar skincare?

Actually muka huda ni nampak kusam, ada jeragat and bekas jerawat. Since kulit huda agak cerah, jeragat dan bekas jerawat tu nyata terserlah. Sebelum ni, huda dah cuba pelbagai jenis product juga dekat Watson tu. Tapi still tak memberi hasil yang positive. Sampailah mak dan adik suggest, untuk tanya cousin huda since cousin huda memang arif dalam bab - bab ni. 


Bila tanya, cousin suggest untuk guna product skintific dan cosrx since dia cakap dia pakai dua product ni ok. Kebetulan hari tu, tak sihat jumpa doctor dan tanya sekali tentang macam mana nak hilangkan jeragat dekat muka ni. Doctor pun suggest Skintific. Balik tu, huda tengok juga reiew di Tiktok, Instagram, dan Google. Lepas yakin, baru huda cuba beli.


Skincare ni kena try and error juga sebenarnya.

Jangan terlalu cepat terpengaruh dengan orang review itu ini, berkenaan skincare. Sebaliknya, study dulu pasal that product, dan tanya orang yang terdekat yang dah guna product tersebut. Sebab tak semua apa yang orang review tu, ok dengan kulit wajah kita. Setiap orang ada jenis kulit yang berbeza. Bila dah selalu tengok tiktok ni, dan baca blog Iman Abdul Rahim memang betul kita kena tahu ingredient sesuatu product yang ok dengan kulit wajah kita. Macam mana nak tahu? By reading (study), atau tengok video orang review. Lepas hati rasa yakin, then baru beli. 


Kalau beli, tapi tak ok macam mana? Sebab tu bila dah beli, dan sebelum pakai kena buat patch test dulu, untuk tentukan sama ada kita ok tak dengan that product (walaupun sebelum ni, kita rasa ingredient tu sesuai untuk kulit wajah kita). Kalau betul tak ok, you jangan membazir. Jual balik by buat description yang you beli sekadar buat patch test, dan bila pakai tak sesuai dengan kulit wajah you. Jadi tak adalah membazir sangat, bila you beli sesuatu product tu, kalau product tu tak suit dengan you.


Note - jangan bosan try and error. Sebab bukan senang nak cari skincare yang sesuai dengan kulit wajah kita. Even dah sesuai pun, kalau tiba datang hormon tak betul ada kena beli skincare lain untuk sesuai dengan keadaan semasa. 


To be honest, nak ada routine skincare ni memang kena double triple rajin kan diri, sebab you nak nampak effect berkesan tu. Doakan la huda rajin ✌️.


Baca juga : Skincare beli try and error | Important double cleaning (entry 2020)


Double Cleansing

Double cleansing ni tersangat penting sebab ia membantu membuang kotoran degil dan pori tersumbat. Double cleansing ni maksudnya cuci muka dua kali. Cucian pertama dengan oil based cleansing, cucian kedua dengan water based cleansing.


Oil Based Cleansing - fungsinya untuk hilangkan kotoran yang menghasilkan minyak - contoh dari makeup, sunscreen, sel - sel kulit mati, dan sebagainya. 


Water Based Cleaning - fungsi untuk menghilangkan kotoran yang berasaskan air contohnya debu, peluh.

Journey beli skincare baru
Huda ada baca tips juga, mereka suggest untuk guna micellar water (apa pun brand). Tips ni huda dapat dari beberapa orang yang muka tgh breakout, yang share journey mereka. 


Mereka suggest, untuk pakai benda ni sebaik kita bangun tidur. Katanya, muka kita ni still ada “kekotoran”, walaupun kita tak pakai product apa.


Walaubagaimana pun, Micellar Water tidak menghilangkan minyak pada kulit wajah. The best choice, kena beli Oil based cleansing, atau cleansing balm. Bila pakai cleansing balm + water based cleaning memang rasa muka betul - betul bersih.


Cara buat basic skincare yang betul (daily skincare routine):-
-  Toner (sebelum pakai skincare) - daily
- Essence (2 kali seminggu, Cosrx AHA BHA)
- Serum - daily
- Moisturizer - daily
- Sunscreen (pagi sahaja) - daily
*skincare routine pagi dan malam But malam, just tak perlu pakai sunscreen*



Skincare ni macam investment juga

Orang kata, nak cantik ni ‘sakit’. Walaupun mungkin dari kita ni, termasuk huda tak pergi spa, tapi beli skincare itu keperluan. Setiap hari kita aka dok apply basic skincare routine. To have better skin, memang kita kena “invest” sikit. Untuk dapatkan kulit yang lebih sihat, kena buat rawatan juga di spa - spa yang berdekatan. (For me - untuk sekarang nak jaga basic skincare routine dulu, since mak dengan adik I pun dah tegur. Maklumlah umur pun makin meningkat).


Kesimpulannya - sebelum nak tukar any skincare baru, please buat some research dekat YouTube, blog, tiktok, and Tanya kepada yang Pakar, and have knowledge about it. Memang skincare ni about try and error, dan kadang ada kalanya kita tukar Sebab jerawat. Punca jerawat ada kalanya Sebab hormon tak betul. 


InshaAllah, Nanti huda share journey lagi pakai dua product ni ✌️. Btw, dua product ni pun dok hits and viral dekat tiktok ✌️.


Baca juga : Pengalaman menggunakan product Bio Essence 24k Bio Gold Rose Water





Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. dulu i pun lama juga pakai cosrx sebelum tukar ke some by mi. setiap kali nak tukar produk memang risau takut tak sesuai dgn kulit tapi bila yg serasi tu memang best..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !