Cara nak raikan hari jadi yang simple

Farah
1

Assalamualaikum, hai. Hari jadi adalah hari tambah usia untuk seseorang, pada setiap tahun. Alhamdulillah, Allah masih beri kita ruang dan peluang untuk jadi khalifah di dunia ini. Bila tambah usia, ada yang hanya memberi ucapan hari jadi, ada yang meraikan (celebrate) seseorang dalam sebuah majlis hari jadi, dan diselangi dengan hadiah hari jadi. Dewasa ini, terpulang pada individu, keluarga, atau rakan taulan bagaimana untuk meraikan seseorang. Bagi yang menyambut hari jadi, kebiasaannya mereka akan cepat menghargai ucapan, hadiah waimah kalau ada sambutan hari jadi walaupun sekadar kecil - kecilan sahaja.

Raikan hari jadi


1. Ucapan Hari Jadi

Sekarang dah zaman teknologi, dan boleh hantar ucapan hari jadi kepada keluarga, atau rakan. Dengan hanya satu pesanan, seseorang akan rasa dihargai sebab ada yang ingat hari jadinya pada hari sekian sekian.


Kebiasaannya kita orang melayu, akan bagi ucapan hari jadi berserta doa. Atau sekarang dah ada sticker hari jadi, just send je.


Atau boleh hantar, dan buat video ringkas untuk ucapan hari jadi buat seseorang.


Contoh ucapan hari jadi (yang ringkas):-

“Hai. Selamat Hari Jadi. Semoga Allah permudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dan bahagia disamping keluarga. Stay healty,” 


2. Contoh Hadiah hari jadi 

Untuk hadiah ni, terpulang kepada anda bagaimana dan apa hadiah yang anda nak bagi pada keluarga, atau rakan. Orang kata, sekecil - kecil hadiah pun dihargai.


Contoh hadiah hari jadi :-

- belanja makan (raikan/celebrate seseorang),

- beli kan cake dan balon,

- seutas jam tangan

- sebuah bag tangan, atau boleh bagi bag duit

- belanja beli baju, atau barang keperluan seperti skincare, makeup

- bunga,

- spent time travel sama - sama, atau ajak jalan - jalan for the whole day,

- kain pelekat, sejadah, atau telekung bagi perempuan

- tudung, bersama pun tudung,

- sepasang kasut sukan

- masakkan makanan favourite, special buat seseorang,

- atau apa sahaja yang mereka suka.


3. Raikan hari jadi (Birthday Celebration)

Untuk meraikan hari jadi, you guys boleh pilih how untuk raikan. Seperti cadangan di atas, sama ada meraikan di rumah dengan masak makanan favourite seseorang, atau nak belanja makan.


Raikan hari jadi


Kita buat apa je, untuk meraikan. Percayalah, walaupun sambutan tu kecil, simple, tapi tetap dihargai oleh mereka yang sambut hari jadi, pada hari sekian sekian.


4. Travel, atau bawa Jalan - jalan sempena Hari Jadi

Yang ni antara yang special juga. Walaupun nampak sekadar bawa travel, tapi bila kita pergi bercuti tu rasa tenang, damai, and bahagia. Lagi - lagi kalau travel atau keluar jalan dengan keluarga. Dekat ke jauh, mesti someone tu appreciate.


Kalau dekat biasa orang panggil, staycation. Ye, dengan staycation pun someone tu dah happy sangat. 


Kesimpulannya, jika kita berhasrat hendak memberi hadiah, belanja makan, atau ajak bercuti untuk seseorang sempena hari jadi, buat ikut kemampuan. Sekecil - kecil pun pasti dihargai oleh seseorang.






Tags

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Best bila ada orang sambut hari jadi kita
    tapi bila dah dewasa ni, kalau tk smbut pon itu perkara biasa
    sekadar ucapan pon cukup

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !