Maksud healing dalam bahasa melayu

Farah
2

Assalamualaikum. Maksud healing dalam bahasa melayu adalah sembuh, atau penyembuhan. Healing terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu dari segi emosi dan fizikal. Healing ini dikaitkan dengan penyembuhan emosi seseorang daripada trauma, atau penyakit. (Sumber). Process healing ni dibuat secara sendiri, atau perlu bantuan daripada professional (doktor/psikiatri). 

Maksud healing dalam bahasa melayu

Maksud healing dalam bidang perubatan

Dalam bidang perubatan, healing bermaksud - sembuh dari kecederaan. Penyembuhan daripada kecederaan, dalam memulihkan structure kulit kepada normal. Contohnya, Ali baru dua bulan dibedah, lukanya akan baik apabila tumbuh tisu - tisu yang baru pada permukaan kulit (sumber).


Maksud healing dalam bidang psikiatri dan psikologi

Maksud healing dalam bidang psiakiatri dan psikologi pula, ialah penyembuhan daripada kecederaan emosi (sumber). Kecederaan emosi berlaku apabila seseorang mengalami trauma kepada situasi yang buruk, atau sejarah seseorang individu. Contohnya, di masa silamnya dia dibuli pada zaman kanak - kanaknya, secara tak langsung dia mengalami kecederaan emosi zaman kanak - kanak, hingga memberi kesan ke alam dewasa sekarang (sumber).


How to heal (Cara yang betul untuk healing/sembuh)

Idea cara betul untuk healing, atau sembuh dari luka ni hanya sebahagian sahaja huda share. Kaedah ini lebih kepada self healing.


1. Yoga

Yoga adalah salah satu senaman yang connect tubuh badan kita, penafasan, dan minda. Yoga perlu dipelajari di pusat - pusat khas Yoga. Ini kerana yoga mempunyai cara - cara khas yang perlu kita tahu supaya kaedah yang kita buat tepat. Dengan kaedah Yoga yang tepat, ianya dapat membantu kita healing dan berasa tenang.


Jika kita praktis yoga dengan betul, secara tak langsung ianya dapat menenangkan minda, stabilkan minda, dan fikiran kita dapat focus kepada sesuatu. 


2. Terapi mendengar (Listening Therapy)

Kalau ada masalah, carilah seseorang yang boleh dengar masalah you. seseorang yang boleh pinjamkan bahu dia untuk kita menangis, untuk ringankan beban kita daripada masalah dan kecelaruan, yang kita boleh cerita masalah kita.


be frienders

Befrienders adalah salah sebuah Badan NGO yang dilatih untuk mendengar masalah orang awam (termasuk dalam Listening Theraphy). 

Jika you tak ada tempat untuk bercerita, boleh direct call befrienders. Jangan biarkan emosi anda luka lama - lama. Pulihkan sebelum ianya parah. You can. Jadi carilah seseorang yang boleh mendengar masalah you. Mesti cari seorang yang you trust.

In order kita nak cerita masalah kita, kita sendiri perlu list out apa masalah kita sebenarnya, supaya si pendengar faham dan jelas dengan punca berlakunya masalah tersebut. Contoh jika tengah marah, cakap je marah. Kalau tengah kecewa, cakap kecewa. Kalau tak puas hati, cakap tak puas hati. Jangan simpan. Bila kita simpan, inilah masalahnya. 


Bila masalah berkumpul, kita akan menjadi stress. Bila stress tak terkawal, mungkin juga kita akan depress. Stress dengan depress adalah perkara yang berbeza.


3. Mencari Tuhan (Spritual Line/path)

Berbalik kepada pencipta. Allah. Tuhan. Banyakkan berzikir, baca Al - Quran, atau apa sahaja boleh buatkan kita dekat dengan Allah.


Allah tu selalu ada. Jadi kita sebagai manusia, perlu dan wajib melakukan solat 5 waktu, solat sunat, baca Al - Quran, dalam memohon pertolongan Allah. InshaAllah, kita akan dapat ketenangan yang kita cari. 

Baca juga : Selawat ke atas Nabi & Doa Mustajab depan Kaabah


4. Ubah Cara Hidup/lifestyle.

Untuk part ubah lifestyle ni biasa kita nampak ramai yang posting dekat media social. Contoh, pergi bercuti dan buat status tengah healing. Perkara itu, menunjukkan you cuba ubah lifestyle you. Ubah kepada perkara - perkara yang lebih baik untuk kita rasa tenang. 

Antara contoh lain dalam ubah lifestyle seperti berikut:-

- Explore nature (pergi bercuti, tengok benda hijau, dan cari tempat yang buatkan kita berasa tenang).


maksud healing dalam bahasa melayu

- Tengok, dan dengar benda yang positive sahaja, untuk mendapatkan pemikiran yang positive. Bila kita dengar dan tengok benda positive, kita pun akan bertindak positive. Contohnya - kita boleh tonton dan dengar ceramah motivasi, potcast motivasi. Bila kita dengar atau tonton perkara - perkara yang membuatkan kita rasa lebih positive, secara tak langsung kita akan jadi positive. 


- Cari hobi baru dan practice - Ada hobi ni penting. Dengan hobi yang baru ni, secara tak langsung ianya akan membantu boost mood kita. Banyak hobi yang kita boleh cuba. Contoh membaca buku, menulis, cuba resepi yang baru, belajar tentang tanaman, atau apa sahaja yang boleh buatkan you happy.


- Bersenam. Dengan bersenam badan cergas, minda cerdas. Jogging, cycling, dance, walk, aerobic, atau apa jenis senaman yang membantu mengeluarkan toxin dalam badan.


- Keep only a good vibes within yourself (simpan hanya perkara yang positive dalam diri) - meaning kita kena filter. Filter apa yang negative, dan absorb benda yang positive. Contoh, you rasa you tak boleh berada dalam sesuatu situasi yang buat you rasa tak best, yang buat rasa you overthinking, then move out daripada situasi tersebut. Jangan paksa diri, kalau you tak boleh stay. Bila dewasa ni, kita kena belajar filter. 


5. Kaunseling

Jika kita dah cuba buat keempat - empat seperti di atas, tetapi kita tak sembuh lagi dari luka (emosi). Kita perlu cari kaunselor, atau berjumpa dengan psikiatri.  


Kesimpulannya, semua orang di sekeliling kita mempunyai cabaran, dan masalah yang berbeza. Setiap orang ada stress, dan pressure masing - masing, cuma bagaimana cara kita selesaikan sesuatu masalah itu berbeza. Cara kita sembuhkan diri juga berbeza. Jangan cepat letak kesimpulan pada masalah seseorang, jika kita tak berada di situasi itu. Berbalik kepada Allah, dan cuba ajar diri kita untuk jadi positive. Bila kita positive, InsyaAllah Allah akan salurkan vibes- vibes yang positive kepada kita. 

maksud healing dalam bahasa melayu

Last but not least, hargailah mereka yang menghargai kita. 



Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ooo sini pn ada healing gak... tadi baca blog Nona healing hehehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !