Tengok telemovie dekat RTM Klik - Sementara Aku Masih Ada

Farah
0

Assalamualaikum. Tadi baru je selesai menonton telemovie dekat RTM Klik. Maklumlah, kita kerja dan tak sempat tengok secara live. Option lain, tengok online dekat laman web rasmi yang menyiarkan telemovie ni, iaitu di laman web RTM Klik. Sementara Aku Masih Ada, duduk di carta no3 di laman web tersebut.


RTM Klik, Telemovie Sementara Aku Masih Ada
Sementara Aku Masih Ada, disiarkan secara langsung di RTM 1 pada 22 Julai 2023.

Jika tidak berkesempatan, boleh singgah tengok telemovie tersebut di RTM Klik. 

Sementara Aku Masih Ada - Mengisahkan kisah Alisa seorang gadis yang agak social, dan mempunyai kisah silamnya. Hingga satu hari, Alisa mengambil keputusan untuk berubah dan pulang ke jalan benar di sisi Islam. Perubahannya yang agak drastik itu, semestinya menggembirakan kedua orang tuanya, tetapi tidak bagi kekasih dan teman rapatnya. Mereka pelik bila Alisa cuba menjauh dari mereka. Nak jumpa pun tak nak. 

Alisa betul - betul menyesal akan perbuatannya. Perubahannya bukan sahaja di sokong oleh kedua orang tuanya, tetapi di sokong juga oleh Adam dan neneknya. Adam bekerja dengan bapa Alisa,dah hampir 4 tahun. Secara tidak sengaja, mereka suka antara satu sama lain. Saat bercambahnya perasaan mereka berdua, tiba - tiba Adam menjauhkan diri setelah tahu kisah silam Alisa. Alisa pula tiba - tiba disahkan menghidapi barah . Dapatkah Alisa dan Adam bersatu?

RTM Klik, Telemovie Sementara Aku Masih Ada
Masa ni Alisa cari Adam dekat Kampung, bila call tak berjawab dan whatsapp tak berbalas. 
Saat ni juga, Alisa baru tahu yang Adam dah tahu kisah silamnya. 

Jadi macam mana tu?

Saksikan kisah Alisa dan Adam, dalam Telemovie Sementara Aku Masih Ada di RTM Klik (boleh google). 





Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !