11 Tempat makan best di Johor Bahru

Farah
2
Assalamualaikum, hai guys. Mencari tempat makan best di Johor Bahru ke tu? Baiklah untuk entry kali ni, huda nak share beberapa tempat makan best, dan menarik di Johor Bahru.

11 Tempat makan best di Johor Bahru


1. ZZ Sup Tulang, Johor Bahru
Sudah pasti ramai yang kenal dengan Restoran ZZ Sup Tulang di Johor Bahru. Jangan tak tahu, mereka juga ad buka beberapa cawangan di taman - taman perumahan terpilih, iaitu Taman Dato Onn, Taman Setia Tropika, dan Taman Damansara Aliff, Johor Bahru.

ZZ Sup Tulang Johor

Menu special ZZ Sup Tulang ni, adalah sup tulangnya. Jujur cakap, memang sedap. Kedai ni juga menyediakan pelbagai makanan dari sarapan pagi, makan tengah hari, hingga ke makan malam. Semua menu ada di sini. Kalau sebut bab menu, you guys boleh cuba Sup Tulang, Mee Rebus (ada mee rebus gearbox), Nasi Berlauk, Masakan Panas, Soto, Bakso, dan lain - lain.

2. Pondok Santapan Larkin
Pondok Santapan Larkin, yang terletak di Larkin Johor Bahru (berhadapan bangunan perpustakaan awam), juga telah menjadi tumpuan para pengunjung. Nak cakap makanan di Pondok Santapan Larkin, tidak kurang sedapnya. Serious sedap. Pondok Santapan Larkin, hanya menyediakan hidangan untuk sarapan pagi sahaja.

Pondok Santapan Larkin

Menu - Roti Arab, Maggie Goreng, Maraconi Goreng, Nasi Lemak, Lontong, Nasi Ambang, Roti Jala, Roti Arab dan pelbagai lagi hidangan yang disediakan di sini.


3. SDS Cafe
SDS bukan sahaja kedai roti yang sudah lama dikenali, malahan SDS juga ada buka beberapa buah cafe yang menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam. 

SDS Cafe

Menu sarapan pagi - American Breakfast, Mee Goreng, Ayam Berempah, Nasi Lemak, Bagel, Nasi Lemak Bagel, dan pelbagai lagi.

Menu makan tengah hari, dan makan malam - Western, dan ada set nasi.


4. Hanz Cafe, Johor Bahru (DAH TUTUP)
Hanz Cafe merupakan salah sebuah cafe yang baru sahaja di buka. Hanz Cafe menyediakan hidangan makan tengah hari. Antara menu yang menjadi tumpuan di sini, adalah Nasi Lemak Telur, Nasi Ayam Terjebak, Roti Titab, Laksa by Zurahanz, dan lain - lain.

Hanz Cafe Johor
Nasi Ayam Terjebak

Lokasi (Alamat) : G09 Jalan Seroja indah 1 Taman seroja 81100 Johor Bahru
Johor.

5. YJ Medan Selera, Johor Bahru
Bagi you guys yang suka dengan food court style, dan santai boleh try makan di YJ Medan Selera buka pada pukul 10 pagi hingga 12am. Ada live band. Di sini terdapat beberapa gerai yang di buka pada waktu seperti yang dinyatakan tadi. Apa yang best di sini? Di YJ Medan Selera, ada jual Nasi Ambang, Nasi Ayam, Set Nasi dan Asam Pedas dan Daging Salai, Nai Ayam Penyet, Churos, Ikan Bakar, Sate dan otak - otak, bakso beranak, Roti Tisu, Roti Canai, dan lain - lain.

YJ Medan Selera


Kalau malam, boleh enjoy dengan live band dia. 


6. Kapten Steamboat and Grill
Bagi yang suka makan steamboat and grill, you guys boleh cuba makan di sini. Buka pada jam 3 petang hingga 12 tengah malam. Harga rasanya dah naik, not sure berapa. Tapi boleh cakap, huda suka makan di Kapten Steamboat and Grill ni sebab banyak choice. Makanan yang lain juga turut di sediakan, seperti nasi goreng, nugget, salad, ice cream dan cendol. 

Kapten Steamboat and Grill


7. Makan makanan Thai di Thamada Village, Larkin.
Bagi yang berminat dengan masakan ala thai, you guys boleh singgah makan di Thamada Village. Nak cakap, tomyam dia sedap sangat. Malahan dia punya pulut mangga pun, sedap. 

Thamada Village, Larkin


8. Coconut Milk Cafe
Salah sebuah Cafe yang terletak di Taman Adda Height, Johor Bahru. Buka dari 7 pagi hingga 6 petang. Terdapat hidangan sarapan pagi, dan makan tengah hari jual di sini. Nasi lemak di sini, sedap. Kalau makan tengah hari pula, terdapat pelbagai lauk - pauk di sini, dengan hidangan buffet.

Coconut Milk Cafe

Cara nak order - layan diri. Ambil makanan, dan terus bayar. 

Note : Datang 12pm. Jangan lambat, sebab kalau dah 12.30pm tu, penuh meja. 

9. Silver Fork Cafe, Setia Tropika, Johor.
Salah sebuah restoran yang dibuka oleh seorang chef yang berpengalaman. Dulu Silver Fork Cafe, Johor di buka di Bandar Johor Bahru tapi kini, dah berpindah di Taman Setia Tropika. Kedai makan ni dibuka dari jam 11.30 pagi hingga 11.30 malam. Terdapat pelbagai hidangan masakan panas di sini, wastern pun ada. 

Silver Fork Cafe, Setia Tropika, Johor


Location : 45-47, Jln Setia Tropika 1/8, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor.

10. Dapo Mokcik Kopi Pokcik
Terletak di Skudai, Johor. Dapo Mokcik Kopi Pokcik merupakan salah sebuah cafe yang baru di sana. Terdapat pelbagai hidangan makanan di sini antaranya Nasi Lemak Bashmati Daging Palembang, Nasi Lemak, Udang, Big Breakfast, Mee Kari, Burger Nasi Lemak, dan banyak lagi. You guys must try

Dapo Mokcik Kopi Pokcik


11. Cakes by Fash
Cakes by Fash merupakan antara salah sebuah cafe dessert di Johor Bahru. Terkenal dengan signature tartlerts, dan kini cakes by fash hadir pula dengan menu terbaru mereka - pastries.

Cakes by Fash

Cakes by Fash



Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !