Singgah makan di Mr Dakgalbi - Mid Valley Southkey, Johor Bahru | Assalamualaikum, selepas tamat kursus tengah hari (semalam), kami singgah Mid Valley Southkey, Johor Bahru sekejap untuk membeli barang keperluan yang masih belum lengkap.
Tapi sebelum beli barang, kami singgah lunch dulu di Mr Dakgalbi yang terletak di tingkat 3, bersebelahan dengan GSC.
Yang set ni, kami order Mr Dakgalbi Set for 2pax (include, Fried Rice, Ramen, Cheese, and of course Dakgalbi).
Walaupun set ni untuk 2 orang, Huda rasa actually boleh untuk 3 orang kot. Sebab portion dia besar, tak larat kiteorang nak habiskan sebenarnya.
Air kami order, Ice Lemon Tea and Mango Ice.
Dakgalbi dia sedap weh ❤️. Memang boleh repeat lagi, InshaAllah.
Ni kali kedua kot Huda makan kat Mr Dakgalbi, hehe. Sebelum ni few years back, makan dengan best friends tapi dekat Branch KL since jumpa kawan kat KL masa tu.
Selepas siap makan, baru kami singgah Watson dan beli barang kelengkapan kami.
Ubat - ubatan, dan barang keperluan yang lain.
Alhamdulillah Visa pun dah lulus last week.
Plus Alhamdulillah juga, last week Huda baru dapat kerja baru, dan Thanks to my manager sebab terima Huda, untuk bekerja di sana. Alhamdulillah dah tak runsing pasal kerja. Just minta doakan, I perform dan buat yang terbaik.
Actually Huda gembira sebab after few years, finally Allah bagi rezeki untuk Huda kerja dalam bidang yang Huda belajar. I mean, baru betul - betul focus dalam bidang ni. It just tinggal I perform and do the best.
Dalam kesempatan ni, Huda nak minta maaf jika ada terkasar bahasa, atau tanpa sengaja buat orang terasa hati. Doakan Huda dan adik selamat pergi, dan selamat balik. InshaAllah.
Take care semua.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.