Assalamualaikum. Alhamdulillah, Finally yeahh dapat juga luangkan masa bercuti bersama keluarga (mak abah, dan adik - adik). Percutian ini, dah lama sangat dirancang, cuma bulan August 2023 ni baru ada kesempatan untuk cuti bersama. Destinasi yang kami tuju pun, memang tempat yang tenang - tenang je, sebab tu pilih Mersing sebagai destinasi percutian kali ni.
Perjalanan dari JB ke Mersing, 3 jam je. Mission trip bercuti di Mersing, Johor ni - free & easy, sambil “healing” bersama - sama ✌️😆, dan nak lari dari kesibukan kota (cehhh wahhh).
Mersing salah sebuah Daerah di Johor
Mersing adalah salah sebuah daerah di Negeri Johor yang juga kaya dengan hasil laut, terutama dalam bidang perikanan. Terkenal juga, dengan beberapa jenis tempat peranginan, dan pulau untuk dilawati. Dengar cerita Pulau Rawa, dan Pulau Sibu pun antara tempat yang menarik untuk berkunjung bersama keluarga di Mersing. Tapi untuk edisi kali ni, destinasi yang kami sekeluarga pilih adalah Air Papan, Mersing. SubhanAllah pemandangan dia cantik ya amat, indah, dan tenang berada di situ.
Bermalam di Mersing Beach Resort di Air Papan, Mersing.
Pemilihan resort di pilih selepas abah baca good review di Google. Kami memilih room untuk family, dan beach view selama 2 hari 1 malam. First impression, bilik untuk family ok. Ada 2 queen bed, dan 1 single bed. Bilik luas, besar, kira macam selesa untuk kami berenam. Free breakfast untuk 5 orang (lagi 1 bayar lain).
Gambar dari web Agoda ✌️
Since masa tu tak sempat nak snap sendiri 🙈
Ada 1 bilik, dan 2 katil diruang tamu.
Sebelah kiri bilik, sliding door terus nampak laut (sea view).
Bilik ni diruang tamu dilengkapi dengan aircond, TV, peti ais, heater (untuk masak air), set cawan, teh, gula (macam biasa). Tuala juga disediakan untuk 5 orang.
Ni picture byfarahh yang sempat snap ✌️.
Bilik ni lengkap dengan satu set bilik tidur, dan ada cermin untuk berhias sekali. Cuma masa kami stay, aircond bilik kurang sejuk. Tapi aircond dekat ruang tamu, sejuk macam biasa.
Ada 1 bilik air (kongsi).
Lengkap ada water heater.
Iron kena request dengan receptionists.
Walaupun dia punya perabot agak lama, tapi resort ni kira maintain well. Jika ada sebarang masalah, pihak mereka bertindak cepat.
Lepas check in, kami berehat seketika. Selesai solat Asar, dalam pukul 6 petang tu kami decide untuk pergi makan malam (makan malam awal sikit).
Makan malam di Restoran Brother Joe, Mersing.
Pemilihan kedai makan dibuat, lepas baca review dekat google yang mengatakan makan seafood di Restoran Brother Joe Mersing, ni sedap. Apa - apa sekarang google je. Sebagai seorang yang suka makan 😅🙈, huda pun nak suggest dekat you guys untuk try makan di Restoran Brother Joe. Sedap. Kena dengan cita rasa orang Johor.
Restoran Brother Joe,
Betul - betul bersebelahan dengan laut.
Indah sangat pemandangan dekat sini.
Ni antara menu yang kami order ketika itu.
Makanan dia semua sedap. Berasa.
Menu Set B (RM150) :-
Siakap Steam
Kangkung Belacan
Telur Dadar
Tomyam
Udang Goreng Tepung
Siakap Bakar (tak ada dalam gambar)
Air Tembikai (Jug) - tak ada dalam gambar.
p/s - kalau dengan family or kawan, cepat cepat ambil gambar 🙈. It’s different tau bila I buat review yang proper 😅✌️.
Sawah Padi di Mersing
Perjalanan pergi dan balik ke Air Papan, Mersing ni kita akan lalu kampung - kampung di sana. Dan di situ juga ada sawah padi. Pemandangan dia cantik banget! MasyaAllah.
Antara gambar pemandangan yang sempat dirakam ketika melalui kawasan tersebut.
SubhanaAllah cantik sangat.
Sarapan di Mersing Beach Resort
Ni cerita hari ke-2, kami di Mersing. Sebelum check out, kami sarapan di Mersing Beach Resort (since ada free breakfast). Walaupun makanan dia too limited, tapi rasa dia oklah. Cuma rasa macam pergi camping dengan suasana breakfast macam tu 😆. Mungkin juga kami hanya 3 atau 4 keluarga masa check in pada hari tersebut, since kami pun check in on weekdays.
Tapi ok la rasa makanan dia not bad walaupun too limited.
Makan pun tepi laut uolsss.
But Oklah rasa dia nice juga,
Cuma tula nak makan rasa terbantut selera, Sebab meja dia rata - rata tak bersih. Bukan 1, or 2 meja, tapi rata - rata. Sorry cakap macam ni 🫣.
Tak aspect la kan dia punya meja makan that way.
Suasana dah cantik, tenang dah tapi.
Suasana di Pantai Air Papan, Mersing, Johor
Pemandangan dari bilik (Mersing Beach Resort).
Short Video byfarahh - Pemandangan di Air Papan Mersing
Plan nak trave, tapi tak tahu ke mana? Boleh baca idea - idea di bawah :-
Cantik tempatnya!! Syok bercuti dengan tenang tengok permandangan..Sama sama keluarga tercinta.. Harga pun ok ke tu? Sayang pulak tempat makan breakfast gitu ek...
ReplyDelete