Cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva

Farah
0

Assalamualaikum. Umum mengetahui Canva merupakan salah satu aplikasi mudah alih untuk "editing". Rata - rata sekarang, kita boleh lihat ramai yang menggunakan canva, sama ada untuk personal use, mahupun business. Hal ini kerana, Canva ni sangat mudah untuk digunakan oleh orang ramai. Dengan Canva juga kita boleh buat bermacam - macam jenis design, misalnya collage photo, posting untuk instagram, ucapan hari jadi, poster, nak create menu, resume, presentation, dan banyak lagi. Bagi mereka yang baru familiar dengan design, sama macam huda juga. Huda cadangkan untuk you guys start guna Canva. Sebab memang mudah sangat. Untuk entry kali ni, huda nak share cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva.


Note : Tutorial dari huda sendiri. Ni kira design paling simple je huda nak tunjuk. 


Perkara paling penting, you guys kena ada App Canva. Download dekat Google Play, atau Apple Store. Kalau guna laptop, atau dekstop boleh juga layari laman web "Canva".


Cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva
Jom start.

Perkara pertama, sign in. Kalau belum sign in, sign up dulu. Free je.

Tapi kalau you guys nak yang premium pun boleh. Daftar RM30 sebulan, tak silap.

Nota - account premium ni semua item akan “unlock”. Lebih lagi part element tu, kalau dapat banyak unload item lagi best sebab design dia cantik - cantik. 

Cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva
Lepas sign up, terus design.
Dekat sini ada pelbagai jenis template yang you guys boleh pilih.

Cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva
Atau nak senang buat carian, tentang template apa yang you nak buat.

Sebagai contoh, untuk tutorial kali ni. Huda nak share Cara buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva.

Buat carian - "Desktop Wallpaper"

dan dia akan keluar pelbagai result seperti di bawah:-

Cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva
pilih mana yang you guys berkenan.

Nota : Setiap template yang telah tersedia boleh di edit ikut kesesuaian. 
Contoh, boleh tambah "element", atau boleh tukar warna.

Jika account free, sangat limited.

Jom start design.
Huda pilih template kosong, sebab nak letak beberapa "element" pilihan huda. 



Cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva

Sebelum start design, huda decide untuk tukar background warna pink. 

Masalah - Colour background yang huda nak ada tu, dalam list "limited". Bermaksud, kalau you subscribe pro account, baru you boleh access. Tapi jangan risau, huda ada cara lain jom tengok...

Cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva

Caranya Google - "HTML Colour Computer Hope" dan pilih warna pilihan yang you guys rasa berkenan. 

Huda guna "HTML Colour Computer Hope" ni, since awal blogging 2012 masa huda 'rancak' edit blog. Kejap - kejap tukar design blog masa tu. Bila tukar design blog, ia berkait dengan coding warna. Dari situ, huda kenal "HTML Colour Computer Hope".

Cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva
Bila dah dapat warna yang you guys nak, copy code tersebut. Dan paste pada ruangan seperti di dalam gambar di atas.

Kemudian,

Cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva
Warna background automatic akan bertukar menjadi warna pink (warna pilihan yang huda pilih tadi).

Lepas tu start design.

Seperti yang huda inform di atas, pilih je "Element" free mana yang korang berkenan. 
Element ni boleh buat adjustment dari segi warna, dan position. 

Cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva

Lepas beberapa langkah yang sangat mudah.
Wallpaper pun dah siap.

Cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva
Siap. Boleh Share dan download. 

Cara untuk buat wallpaper desktop dengan mudah di Canva
Ini dia wallpaper pilihan huda. 
Simple je kan?

Nota : 2012, huda pernah juga buat tutorial cara buat wallpaper desktop. Tapi masa tu huda guna Photoscape. Sekadar info, photoscape ni lebih kurang macam Canva. Tapi untuk masa sekarang, huda lebih suka dan pilih Canva. 

Baca juga - 

Tutorial : Buat wallpaper untuk desktop cara kita - kita

Baca juga : Ketumbit






Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !