Tempat menarik di Johor Bahru yang perlu dilawati

Farah
0

Assalamualaikum. Sedang mencari tempat menarik di Johor Bahru? Tepat sekali. Entry ni, huda nak share dengan you guys antara tempat - tempat menarik di Johor Bahru yang mesti dilawati.


Berikut adalah beberapa tempat menarik di Johor Bahru



1.Legoland

Kalau sebut Johor Bahru, mesti you guys akan tahu Legoland. Legoland merupakan sebuah Taman Tema yang popular di Johor Bahru. Untuk harga tiket - boleh layari laman web Legoland - di sini.


Legoland Malaysia - Tempat Menarik di Johor Bahru


Ada yang pernah tanya huda best tak Legoland, since few times juga pergi sana. Walaupun Legoland ni more kepada daya tarikan kanak - kanak, tapi jujur cakap huda enjoy pergi Legoland, lebih lagi kalau ada shows tu. Show dia banyak yang enjoyable. Ada few rider yang huda suka, antaranya Ninja Go, Tower at Legoland, dan roller coaster. Ada lagi lain, tapi lupa nama ride tu ✌️.


1. Entry Huda Staycation di Legoland - Tekan sini

2. Entry Huda Pengalaman berada di Theme Park Legoland - Tekan Sini

3. Baca juga entry huda yang lain berkaitan Legoland - Tekan Sini


Back to Content ↑

2. Danga Bay, Johor Bahru.

Nak tengok suasana Pantai di tengah Bandar Johor Bahru? Danga Bay antara tempat yang you guys boleh singgah. Makluman Danga Bay ni ada 2 tempat. Pertama Country Garden, Danga Bay (belakang mall Belly Time, Danga Bay). 


Kedua, Kawasan yang ada Theme Park tu,you guys boleh juga nikmati makanan di cafe - cafe pilihan dengan Suasana Pantai Danga Bay. More info (baca entry ni) - https://www.tunehotels.com/blog/the-5-best-things-to-do-in-danga-bay/.


Country Garden, Johor Bahru
Kami di Country Garden, Danga Bay Johor Bahru.

Back to Content ↑

3. Stulang Laut, Johor Bahru

Di sini you guys boleh menikmati suasana Pantai juga. Suggestion parking dan makan di KFC. Sebab KFC ni memang berada di kawasan Pantai Stulang Laut. Sambil makan KFC, sambil boleh “healing” gitu. Tambahan di KFC ni tak ramai orang pun. Huda pernah dua tiga kali juga, pergi sini. Tenang je rasa.


KFC Stulang Laut
More picture - boleh layari FB KFC Stulang Laut (Click sini).

Untuk makluman, di Stulang Laut juga terdapat beberapa gerai makanan laut yang you guys kena cuba. Dari KFC ni, you guys belok ke kanan, hujung belah kiri tu ada banyak kedai - kedai makan (berhadapan dengan Berjaya Water Front Hotel).

Back to Content ↑


4. Tempat - tempat untuk beriadah bersama keluarga di Johor Bahru

 

Berikut adalah tempat - tempat untuk beriadah yang you guys boleh lawati.

1. Taman Merdeka Johor Bahru - Jogging dan walk kat sini best. Nak bawa anak pun sesuai, sebab selamat. Ada Richiamo Cafe juga dekat sini.

Entry (diary) - Keluar dengan Ain, ada Jogging di Taman Merdeka

2. Hutan Bandar - Sekarang hutan Bandar banyak dah baru, siap ada cafe. Pernah pergi beberapa kali. Nak bawa anak dekat sini pun selamat.

3. Eco Spring JB - Dekat Eco Spring JB ni banyak cafe - cafe cantik yang korang boleh singgah. Dekat sini boleh juga bersiar - siar bersama keluarga. Ada Taman untuk beriadah bersama keluarga juga.

4. Adda Height Town Park - Terletak di Adda Height JB. Dekat sini kawasan dia luas juga, memang sesuai untuk bawa anak - anak datang dan beriadah disini.

5. Puteri Harbour, Nusajaya - Kawasan di sini lawa, luas. Nak bawa anak jalan -jalan dekat sini pun best tau. Jangan tak tahu, di Puteri Habour ni boleh naik boat. 

Baca juga Entry - Tentang Puteri Harbour, Nusajaya (Tourism Johor)

Personal Entry (Diary) - Hang Out dengan Yana di Puteri Harbour (naik Boat). 

Back to Content ↑


5. Tempat Mandi di Johor Bahru

1. La Steala Water Theme Park, Johor Bahru - located dekat Kampung Maju Jaya, Kempas Lama, Johor Bahru.

2. KSL Water Park, Johor Bahru - Located dekat KSL Mall (satu bangunan dengan KSL Mall, boleh park situ).

3. Kolam Rekreasi Air Hutan Bandar, Johor Bahru. Located dekat Hutan Bandar, Johor Bahru. 

4. Austin Height & Adventure Park, Johor Bahru, Located dekat Austin Height Johor Bahru (berhampiran Eco Spring JB).

Back to Content ↑

6. Night Market Johor Bahru

Johor Bahru juga ada Night Market. Ianya merupakan gerai-gerai atau booth yang dibuka pada tiap malam di Johor Bahru.


Bazar Karat Johor Bahru

Terletak di Jalan Wong Ah Fuk. Terdapat pelbagai barangan antik, baju - baju terkini, handbag, makanan dijual di sini. Di buka pada 8pm - 12am.


Back to Content ↑

7. Shopping Mall yang best di Johor Bahru

Sukar nak describe best sebenarnya, tapi maksud “best” di sini shopping mall all in one. Kebanyakan brand terkemuka ada di sini. Berikut adalah beberapa shopping mall pilihan dan actually ramai dah well known pun. Shopping mall yang dikatakan menjadi pilihan di sini banyak tau. 


Aeon Mall - ada few Aeon Mall dekat Johor Bahru. Salah satu yang menjadi tumpuan adalah Aeon Tebrau City - Aeon Tebrau City ni antara shopping mall pilihan huda sendiri. Dekat sini ada pelbagai jenama terkemuka, even TGV sini pun best. Dulu shopping mall ni ada 1 wing je, tak besar mana, dan selected brand tu terbatas. Tapi sejak renovation, dan dah buka wing ke-2 jadi Aeon Tebrau City ni dah besar. So nak jalan pun puas. Ada few butik - butik dari Brand Local dan terkemuka ada disini.


Nak makan dekat Aeon Tebrau? Ada few restaurant di sini. Food court pun ada, belah bawah sekali.


Surau - ada few surau di sini jangan risau. Cuma lebih selesa bawa telekung dan mini sejadah sendiri.


Midvalley Southkey Mall JB - Antara salah sebuah shopping mall yang terdapat pelbagai pilihan jenama. TGV sini pun best, kerusi dia selesa. So kalau tengok wayang kat sini memang enjoyable rasa.  


Nak makan dekat Midvalley Southey Mall JB? Ada few restaurant di sini. Dekat tingkat bawah sekali.


Solat - surau dekat tingkat 3 kot tak silap (bersebelahan dengan kedai Buku Popular). Surau dekat Midvalley ni besar, selesa. Suggestion - bawa telekung dan mini sejadah.


Angsana Mall, Johor Bahru - Angsana Mall ni popular dari dulu lagi. Terletak di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Menjadi daya tarikan para pelancong sebab dekat sini boleh cakap senang nak cari baju melayu, and baju kurung terutamanya jika musim perayaan dah tiba. Ramai yang berpusu - pusu akan singgah Angsana sampai jammed dibuatnya. Kalau ada event kat Angsana pun best juga. 


Nak makan dekat sini ada food court dekat bawah. Nice juga, ada pelbagai jenis restoran dekat food court tu. Ada juga KFC,Pizza, dan beberapa restoran pilihan terkemuka di sini (di level G tak silap).


Surau pun dekat Level G. Surau sini selesa, besar. Ada telekung, tapi lebih selesa bawa telekung sendiri.


Johor Premium Outlet - Antara salah satu yang menjadi tumpuan ramai. Umum tahu dekat sini memang terdapat pelbagai brand pilihan. Ramai juga pelancong yang datang sini. 


Antara mall lain yang menjadi tumpuan local dan pelancong (sorry huda listkan, tak describe more 🙏🏻).


Ikea Mall & Toppen - Located di Tebrau (bersebelahan dengan Aeon Tebrau City)


City Square & JBCC -  Dua mall yang berbeza, tapi bersebelahan. Located di Bandar Johor Bahru, Jalan Wong Ah Fuk.


Paradigm Mall Johor Bahru - Antara mall yang terbesar di Johor Bahru. Located dekat area Skudai.



Back to Content ↑


Baca juga : Bangi Wonderland






Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !