Tempat menarik di Langkawi

Farah
0
Assalamualaikum. Untuk entry kali ni, huda nak share tempat - tempat yang menarik di Langkawi yang pernah huda lawati bersama keluarga beberapa tahun lepas. Kira macam entry throwback jugalah, since entry lama dah broken (rosak). Cerita ni dah lama, huda refresh semula daripada entry lama (yang sudah di draft). 

Tempat Menarik di Langkawi
cerita semasa bercuti di Langkawi 2016, byfarahh

2016 huda dan keluarga bercuti di Langkawi.

Berikut beberapa tempat menarik di Langkawi, yang pernah huda lawati ketika bercuti bersama keluarga :-

1. Underwater World Langkawi
Underwater World Langkawi merupakan salah satu tarikan pelancongan yang popular di Langkawi, terletak di Pantai Cenang Langkawi.  Terdapat hampir 4000 spesis marine termasuk 500 spesis ikan, dan haiwan laut yang lain. Terdapat juga satu terowong seluas 15000 kaki persegi yang mempamerkan hidupan laut di situ. 

Underwater World Langkawi
More info - click link

2. Cable Car (Sky Cab) di Langkawi.
Salah satu daya tarikan buat para pelancong yang popular adalah Cable Car (Sky Cab) di Langkwi, terletak di Gunung Mat Chincang. Serious, you guys kena try naik cable car, sebab best. Bila naik Cable Car, kita dapat tengok satu permandangan yang sangat cantik! Ya Allah tak dapat gambarkan perasaan masa berada dekat atas puncak tu. Nak cakap, serious lawa sangat pemandangan kat situ. Susah nak describe. 

cerita semasa bercuti di Langkawi 2016, byfarahh
Petikan entry (draft,2016). 

Tips tak nak tunggu lama, ambil VIP lane (beli tiket VIP). Bila cuti, memang ramai and beratur agak panjang. Atau mungkin kena datang awal.

Cable Car Langkawi

3. Island Hopping di Langkawi
Island Hopping di Langkawi juga antara aktiviti para pelancong yang popular di Langkawi. 3 pulau ni you guys akan lawati, jika buat Island Hopping. Island Hopping adalah aktiviti melawat beberapa pulau kecil di Langkawi dengan menggunakan perkhidmatan bot yang ditawarkan di Langkawi. Para pelancong akan dibawa melawat 3 pulau kecil iaitu, Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, dan Pulau Beras Basah. 

Island Hopping di Langkawi
You guys kena cuba tau, sebab serious best!
Dapat tengok pemandangan yang indah.
Setiap kali melawat Pulau tu, mereka akan beri masa untuk kita buat aktiviti atau berjalan sekitar pulau - pulau tersebut. Jadi kena follow timing dia tu. 

Masa berhenti di Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah, you guys boleh menikmati atau buat aktiviti di situ. 

Tips kalau pergi sini, pakai baju bersesuaian tau. Sebab naik bot lama, untuk ke satu Pulau dan Pulau yang lain. Tambahan pula, orang yang bawa bot tu laju juga (tapi tak adalah laju sangat). Nak cakap, best sangat. Rindunya moment tu bila baca balik entry lama (yang dah di draft tu).

Pulau Dayang Bunting terkenal dengan Tasik Dayang Bunting. Dekat sini, tak silap you guys boleh mandi juga. Pulau Beras Basah pula terkenal dengan pantai yang berpasir putih yang cantik. Dekat Pulau Beras Basah ni, boleh mandi dan boleh juga buat aktiviti snorkeling. Pemansangan di sini of course cantik, rindunyaaaa nak pergi sana (bila tulis semula based on entry 2016).  Manakala dekat Pulau Singa Besar, para pelancong berpeluang melihat haiwan liar, seperti Burung Helang di sini. Dekat Pulau Singa Besar, kita just duduk dalam boat, dan mereka akan terangkan sejarah dan cerita di situ. 
 

cerita semasa bercuti di Langkawi 2016, byfarahh
Sedikit cerita entry 2016, semasa Island Hopping di Langkawi bersama keluarga.

4. Beli Coklat di Langkawi
Antara aktiviti yang sangat popular di Langkawi. Terdapat beberapa coklat yang istimewa, yang susah nak dapat di Negeri, dan Daerah yang kita duduki. Jadi bila bercuti di Langkawi, mata jadi rambang bila melihat coklat - coklat yang dijual di situ. Di Langkawi, you guys boleh singgah beberapa kedai coklat yang dibuka di situ. Tapi masa huda bercuti di sana, kami berkunjung ke Kedai Coklat Haji Ismail Group (HiG), yang cukup terkenal di Langkawi. 

Beli coklat di Langkawi

Berikut adalah senarai kedai coklat di Langkawi.

5. Melawat Makam Mahsuri di Langkawi.
Memandangkan homestay yang kami stay, tak jauh dari Makam Mahsuri. Kami sekeluarga decide untuk malawat Makam Mahsuri pada hari terakhir kami berada di Langkawi. Makam Mahsuri antara tempat bersejarah yang mesti di lawati ketika berkunjung di Langkawi. Dengan melawat Makam Mahsuri, kita boleh ketahui dengan lebih lanjut, dan terperinci tentang Sejarah Lagenda Mahsuri, serta merenung nilai - nilai keadilan dan kesetiaan yang diwarisi oleh Mahsuri. 

Boleh follow cerita Lagenda Mahsuri di sini (oleh Youtuber Neyna Story)

Makam Mahsuri di Langkawi

Serious rindu nak pergi Langkawi.
Best.
Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Oh ye, huda pula sejenis yang suka dengan pemandangan sawah padi yang cantik. Ingat lagi, masa pergi Langkawi tu, family huda siap berhenti dekat satu tempat ni semata huda nak bergambar dekat situ. Hahaha. Gambar tu ada dekat Camera Abah. Dekat simpanan sendiri dah hilang, sebab masa tu laptop huda kena virus.

Jadi you guys, jika berkesempatan bercuti di Langkawi bolehlah singgah dekat beberapa tempat menarik di Langkawi yang huda suggest ni.

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !