Gunung Ledang, Tangkak Johor - kawasan pelancongan

Farah
0

Assalamualaikum. Kalau dah nama duduk Johor, tidak sah kalau kita pergi Tangkak, Johor untuk membeli kain di sana. Untuk pengetahuan, Tangkak dikenali sebagai "syurga kain", kerana terdapat pelbagai jenis kain yang dijual di sana. Pengalaman Huda, semasa mengikut mak abah hantar adik di Matrikulasi, Tangkak kami pernah singgah di Pekan Tangkak, hanya untuk membeli baju dan kain ela sahaja. Banyak choice disana. Salah satu daya tarikan para pelancong di Tangkak, Johor adalah Gunung Ledang. Siapa yang tidak kenal dengan Gunung Ledang, yang ada sejarah sendiri. 


Gunung Ledang, Tangkak


Cerita Lagenda Melayu Puteri Gunung Ledang, terletak di Gunung Ledang, Tangkak.

Cerita Lagenda ni, tak luput dek zaman kerana dikatakan Puteri Gunung Ledang seorang Puteri yang sangat cantik. Pada satu hari, Sultan Mahmud Shah yang merupakan Sultan Melaka pada ketika itu, menghantar wakil baginda iaitu Hang Tuah dan Tun Mamat untuk menyampaikan hajatnya, mahu meminang Puteri Gunung Ledang. Akibat tidak sihat, Hang Tuah menghantar Tun Mamat sahaja ke Puncak Gunung Ledang bagi meminang Puteri Gunung Ledang, bagi pihak Baginda Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah.


Setibanya Tun Mamat di sana, terdapat jelmaan nenek kebayan yang memberi syarat jika nak meminang Puteri Gunung Leda. 7 syarat diberikan iaitu:

1. Jambatan Emas dari Gunung Ledang ke Melaka

2. Sebuah Jambatan Perak dari Melaka ke Gunung Ledang

3. 7 dulang isi nyamuk

4. 7 duluang isi hati hama

5. 7 tempayan yang dipenuhi air mata anak dara

6. 7 tempayan air pinang muda

7.  Semangkuk darah Raja Muda Melaka.


Terdapat beberapa versi apabila Sultan Mahmud Shah mendengar syarat yang diutarakan oleh Nenek Kebayan melalui Tun Mamat, wakil untuk meminang Puteri Gunung Ledang. 2 versi tersebut dikatakan Sultan Mahud Shah, dapat melaksanakan kesemua syarat kecuali Semangkuk darah Raja Muda Melaka. Dan versi lain pula, dikatan selepas mendengar syarat - syarat tersebut Sultan Mahmud Shah menolak kerana tidak mampu memberikan syarat - syarat dipinta oleh nenek kebayan tersebut. (rujukan)


Boleh mendaki di Gunung Ledang, Tangkak

Bagi pendaki, atau you guys yang nak mendaki gunung bolehlah cuba mendaki Gunung Ledang. Gunung Ledang juga dikenali sebagai Mount Ophir. Gunung ini juga terletak berhampiran sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka. Ketinggian gunung ini 1276 meter dan merupakan gunung kedua tertinggi di Negeri Johor. Dikatakan juga Gunung Ledang merupakan salah satu hutan yang kaya dengan hasil tumbuhan yang jarang dijumpai di tempat lain di dunia ini (sumber). 


Sejarah Gunung Ledang, Tangkak

Dikatakan nama Gunung Ledang berasal dari Jawa ketika Empayar Pemerintahan Majapahit, yang membawa maksud Gunung Paling Jauh. Mengikut catatan purba, pada zaman dahulu Gunung Ledang ini dikatakan tempat menyimpan banyak Emas hingga menarik minat pendatang dari Greece dan China. 


Tips pendakian di Gunung Ledang, Tangkak, Johor

1. Pemakaian baju dan kasut yang sesuai

2. Bawa bag galas kalis hujan untuk memastikan barang berharga tidak basah, 

3. Bawa baju hujan, lampu suluh. 

4. Tidak digalakkan untuk mendaki Gunung Ledang pada bulan Disember dan Januari ketika musim monsoon. Jika cuaca memburuk, anda tidak dibenarkan mendaki di Gunung Ledang.

5. Pendaki kena ada permit mendaki dan akan ada malim semasa pendakian tersebut. Seorang malim untuk 10 orang pendaki.

6. Deposit RM100 dikenakan (rujuk laman web National Park)

7. Disarankan untuk membuat tempahan lebih awal. Had bagi pendaki 150 orang sehari di Taman Hutan Lagenda, dan 60 orang sehari di Pos Asahan.

Tips ini adalah dari laman web Johor National Park. Boleh rujuk more info di laman web tersebut.


Antara aktiviti Menarik di Gunung Ledang, Tangkak

1. Mendaki Gunung

2. Natural Walk

3. Nigh Walk

4. Berkhemah

5. Berkelah

6. Painball

7. Mendaki Gunung dengan basikal

More info click here - https://johornationalparks.gov.my/ms/gunung-ledang-activities/


Tempat Penginapan di Gunung Ledang, Tangkak

1. Tapak Perkhemahan

2. Pondok Hutan

3. Asrama

4. Chalet Standard

5. Chalet Deluxe

6. Chalet Keluarga

More info click here - https://johornationalparks.gov.my/ms/gunung-ledang-accommodation/



Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !