Assalamualaikum, hai. Sebelum ni, huda ada tulis journey beli skincare di posting terdahulu. Ni huda nak share the result after hampir lima bulan guna Skintific dan Cosrx. Alhamdulillah, muka dah tak kusam, cuma jeragat masih belum hilang lagi. Bak kata cousin, biar lambat asal selamat. Dua product ni, sesuai dengan huda.
Jeragat tu pun dah tumbuh lama di muka, mana mungkin nak cepat hilang. Kalau nak cepat, mungkin kena buat rawatan dekat spa. But since mahal, so huda cuba dulu dengan jaga skincare. Nampak mudah, tapi kalau tak rajin rasanya tak menjadi juga.
As for now, huda nampak kulit wajah huda dah bright (cerah) semula. Alhamdulillah, rasanya muka dah tak nampak kusam lagi.
April 2023
Aug 2023
Dua dua gambar ni, memang tak makeup.
Huda start jaga semula basic skincare routine ni pada bulan 5, 2023. Tapi tak sekerap yang di suggest. Kalau nak lagi effective siang malam kena buat. But huda banyak buat siang je, malam buat 2 kali seminggu once pakai mask. Nak jimat, sebab bukan murah ye Skintific dan Cosrx tu hehe. Di bawah ni, basic skincare yang huda buat each of every morning.
Cara buat basic skincare yang betul (daily skincare routine):-
- Cleanser - daily
- Toner - daily
- Essence (2 kali seminggu, Cosrx AHA BHA)
- Serum - daily
- Moisturizer - daily
- Sunscreen (pagi sahaja) - daily
*skincare routine pagi dan malam But malam, just tak perlu pakai sunscreen*
Pakai skincare pun, kena buat double cleansing tau. Double cleansing ni, bermaksud cuci muka dua kali. Bilasan pertama cuci pakai Oil Based Cleansing, bilasan kedua pula pakai Water based Cleaning.
Oil Based Cleansing - fungsinya untuk hilangkan kotoran yang menghasilkan minyak - contoh dari makeup, sunscreen, sel - sel kulit mati, dan sebagainya.
Water Based Cleaning - fungsi untuk menghilangkan kotoran yang berasaskan air contohnya debu, peluh.
Micellar Water tidak menghilangkan minyak pada pada kulit wajah. The best choice, kena beli Oil based cleansing, atau cleansing balm. Bila pakai oil based cleansing, atau cleansing balm + water based cleaning memang rasa muka betul - betul bersih.
Basic skincare yang huda guna buat masa ni.
Hope result yang huda nak tu, ok.
Extra - kalau rajin I pakai clay mask (sebelah malam, seminggu 2 kali).
Bila dah pakai clay mask, memang automatic pakai basic skincare juga ✌️.
p/s - Masih lagi dalam journey yang sama. Tengah cuba dua product skincare yang cousin huda (Ira) suggest ✌️. Actually dulu pernah buat this step, tapi on off dan pakai product lain.
Dalam jaga skincare ni kan. Kena juga jaga brush (tools makeup). Kena rajin cuci brush makeup. But currently Huda pakai sponges makeup je 😅, nampak tak sis malas nak cuci brush makeup tu. Tapi sponges tu memang huda kerap tukar. Harga oklah beli dekat Watson, Guardian, Daiso ke, beli sponges yang banyak banyak dalam satu pack tu 😅.
Nampak ketara beza April dan mei
ReplyDelete