Assalamualaikum. Hye guys, kebetulan hari tu huda ada hal di luar. Tiba - tiba pula terasa nak minum cool blog, so decide la pergi satu mall dan beli cool blog. Ingatnya nak beli Black Tiger Milk Tea, tapi bila dah sampai di kedai cool blog tiba - tiba tukar menu. Thai Milk Tea. Tak pernah try, tu yang last minute changes my mind. Rasanya not bad guys, sedap juga.
Cool Blog Malaysia
Siapa yang tak kenal dengan Cool Blog, salah sebuah stall beverage yang kini juga telah menambat hati rata - rata rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan anda, Cool Blog telah ditubuhkan pada 2005 dengan concept franchise di Singapura. Kemudian Cool Blog melebarkan sayapnya di Malaysia pada tahun 2008 dengan konsep bubble tea. Atau sekarang lebih dikenali dengan 'boba tea'. Tahun demi tahun Cool Blog telah memperkenalkan pelbagai jenis menu minuman, termasuk minuman terbaru mereka Black Tiger Milk Tea yang dilancarkan pada tahun 2019 secara besar - besaran di Malaysia. Sehingga kini Cool Blog dah berjaya buka sebanyak 350 outlet di Malaysia dan Indonesia, dengan 25 jenis perisa (flavour), dan 300 product.
Popcorn dan Waffle available di Cool Blog
Maklumat lanjut berkenaan dengan menu - boleh layari Laman Web Rasmi Cool Blog Malaysia
Sedap dinikmati ketika panas2 hari
ReplyDelete