Petua dan cara hilangkan Batuk

Farah
1
Bila batuk, memang akan timbul rasa tak selesa pada diri. Sebab once batuk je, tekak rasa tidak selesa dan sakit, dada rasa tak selesa, dan kadang pun rasa sakit. Batuk ni dia adik beradik dengan demam, dan selsema (penyakit tiga sekawan yang common). Paling tak best kalau batuk tu lambat baik. Untuk article kali ni huda akan share Petua dan cara untuk hilangkan batuk.

Berikut merupakan Petua dan Cara hilangkan Batuk

1. Jumpa doktor
Perkara pertama, sila jumpa doktor. Kot boleh dapat MC, dan rehat di rumah. Dapatkan consultation dan ubat dari doktor. Kalau ubat dah habis, batuk still tak baik, datang lagi jumpa doctor. Biasanya kalau datang kali kedua doctor akan bagi ubat antibiotic, untuk dihabiskan. 

2. Minum air panas
Minum air panas (air putih panas), dengan level panas yang kita boleh minum. Bila minum air panas tekak kita akan rasa lega sangat. Keep repeating sepanjang batuk. 

3. Minum lemon panas
Selain air putih panas, you guys boleh minum air lemon panas atau kalau nak ditambah dengan madu sikit pun ok. Air lemon merupakan salah satu minuman yang di suggest untuk meredakan batuk, kerana khasiat lemon mengandungi vitamin C yang baik untuk tubuh badan. 

4. Minum Teh Herba Panas
Terdapat pelbagai Teh Herba yang boleh di minum untuk hilangkan batuk. Contohnya, Teh with peppermint, Teh with Lemon, Teh Halia,  Teh Hijau, Teh Cina. Teh - teh ni kalau boleh minum tanpa gula. Huda suka minum Teh Strawberry (dari Cameron Highland) yang kirim dengan kawan atau Teh Cina. Minum panas - panas, tanpa gula sepanjang nak redakan batuk. Alhamdulillah ianya sangat membantu. 

5. Minum air rendaman bunga cengkih
Bunga cengkih merupakan salah satu kaedah tradisional untuk melegakan batuk. Caranya ambil beberapa bunga cengkih dan rendam sehingga bunga cengkih itu kembang sikit, atau warnanya bertukar seperti warna air teh o. Kalau nak minum dalam keadaan sejuk (suhu bilik) pun boleh. Atau nak tambah air panas pun boleh. Ikut preference you guys.

Petua Hilangkan Batuk


6. Kurangkan minuman ber - ais semasa batuk
Bila kerap minum ais semasa batuk, tekak akan bertambah tidak selesa dan mungkin akan menyebabkan batuk lagi lambat baik. Minum boleh, tapi kurangkan masa tengah batuk sebab minuman yang berais ni boleh menyebabkan lendir jadi lebih kental dan mungkin akan buatkan kita lebih kerap batuk. 

7. Minum air masak secukupnya
Minum air masak secukupnya ketika batuk dapat melegakan tekak, menyokong sistem imun seseorang, dan dapat melembutkan lendir. Walaubagaimanapun sebagai seorang dewasa, kita disarankan untuk minum air masak sebanyak 8 gelas sehari mengikut keperluan individu berbeza bergantung kepada aktiviti fizikal, persekitaran dan kesihatan seseorang. Pengambilan air secukupnya dapat membantu tubuh badan terhidrasi dengan baik. 

8. Pengambilan Lozeng @ Gula - Gula Angin ketika batuk
Jika kita berjumpa dengan doktor, kadang pun akan dapat Lozeng, atau gula - gula angin bagi meredakan sakit tekak. Selain itu boleh juga dapatkan Lozeng, di Farmasi seperti Difflam dan jenama - jenama yang lain. Ada juga gula - gula angin yang berperisa herba. Ni pun bagus dan sangat membantu untuk meredaka sakit tekak.

Dinasihatkan jika pelbagai tips yag diberikan masih tidak ok, dan masih batuk sila berjumpa dengan doktor dan buat consultation selanjutnya. Semoga tips ini membantu. Take care semua =D

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. penah cuba letak cengkih tu..alhamdulilah memang melegakan. masa kena covid dulu pun dok letak cengkih dalam bekas pastu hidu nak bagi terbuka saluran hidung yg tersumbat

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !