The Amazing Miniland Malaysia merupakan salah satu tarikan di Legoland Malaysia. Ianya bukanlah satu daya tarikan yang baharu di Legoland Malaysia, tetapi telah diberi nafas baru. Wajah bahru Miniland Malaysia, mempamerkan kepelbagaian replika landmark, bangunan ikonik, yang popular di Semenanjung Malaysia, sama ada dari Selatan hingga ke Utara, termasuk juga Sabah dan Sarawak. Pembinaan MINILAND Amazing Malaysia ini, menggunakan lebih kurang 1.38 million LEGO Bricks . Terbaharu, Miniland Malaysia mempamerkan Replika bangunan landmark, ikonik, dari Melaka, Kuching Sarawak, Ipoh dan banyak lagi.
Untuk membina MINILAND Amazing Malaysia, memperuntukkan sekurang - kurangnya 14,000 jam dan ianya dibuat oleh Team LEGO Builder yang terlatih sahaja. MINILAND Amazing Malaysia menawarkan tempat - tempat iconic di Malaysia, antaranya Tempat Bersejarah seperti Kubu A’ Famosa, Jonker Walk, Masjid terbesar di Kota Kinabalu, Sabah, Batu Caves dan pelbagai lagi Iconic Replica di pamerkan di sini.
Bukan itu sahaja, di MINILAND Amazing Malaysia juga, para pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman berada di sesuatu tempat Iconic yang dipamerkan di sana, dengan menyentuh butang LEGO Humor. Dengan menyentuh butang tersebut, para pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana wayang kulit dipersembahkan , disertai dengan dendangan lagu tradisional. Selain itu, para pengunjung juga boleh merasai pengalaman dengan melihat perlumbaan Panembang Bot di atas Sungai Sarawak, dan pelbagai lagi.
What New in Miniland Malaysia?
- Taman Negara
- Malacca
- Batu Caves
- Ipoh
- Georgetown
- Kota Bahru
- Mount Mulu - The Pinnacles
- Kota Kinabalu
- Sepilok Orang Utan Rehab Centre
- Mount Kinabalu
- Coral Reef LEGO Building Experience
Highlight
1. Gereja Christ Melaka
Salah satu bangunan iconic dari Negeri Melaka turut di pilih sebagai salah satu replica pilihan di MINILAND Amazing Malaysia. Sebanyak 8,500 LEGO berwarna merah di gunakan dan mengambil masa sekurang - kurangnya 90 jam untuk membina replica bangunan iconic tersebut.
2. Dewan Undangan Negeri Sarawak
Dewan Undangan Negeri Sarawak merupakan sebuah replica iconic yang terbesar di bina di MINILAND Amazing Malaysia. Ianya dibina dengan lebih 200,000 LEGO bricks dan memerlukan 8 orang untuk membinanya. Masa yang diambil untuk menyiapkan replica iconic ini, diambil sebanyak 1200 jam.
3. Jambatan Pulau Pinang
Pembinaan Jambatan Pulau Pinang mempunyai keluli untuk menahan berat model replica iconic tersebut, yang di bina daripada 40,000 LEGO Bricks. Sementara Menara Komtar merupakan salah satu replica iconic yang paling tinggi dengan ketinggiannya mencapai 3 meter, atau 350 kali tinggi LEGO Bricks.
4. Masjid Kota Kinabalu
Replica Iconic Masjid Kota Kinabalu, merupakan salah satu masjid yang terbesar di Kota Kinabalu, dan turut di pamerkan di AMAZING Miniland Malaysia.
5. Kek Lok Si Temple
Kek Lok Si Temple merupakan Temple Buddhist yang terbesar di Malaysia. Kek Lok Si Temple di pamerkan di kawasan Penang, MINILAND Amazing Malaysia. Replica Kek Lok Si Temple didirikan dengan 3,200 LEGO bricks dan menambil masa sebanyak 100 jam untuk membina bangunan ini.
Untuk info lain tentang MINILAND Amazing Malaysia boleh terus layari laman web LEGOLAND Malaysia, page rasmi Instagram dan Facebook Official Legoland.
Credit
Nice betullahhh 🤩 Bertambah meriah!!!
ReplyDelete