Assalamualaikum. Hari tu huda join Sislin, Yaya, dan Yoshiko lepak mamak. Yup kami lunch di Nasi Kandar BM Bistro, yang terletak di Pusat Pedagangan Ekoflora. Sebenarnya huda ni jarang tau singgah makan di Restoran Nasi Kandar atau Restoran Mamak. Tapi kalau huda makan di Restoran Mamak, mesti makan dia punya kari, tak pun sambal. Tengoklah mana yang menaikkan selera huda ketika itu.
Hari tu kami lunch sama sama. Sebaik melangkah kaki masuk ke restoran ni je, tengok meja di bawah hampir penuh ye
Mujurlah Restoran Nasi Kandar BM Bistro ni, 2 tingkat. Kalau rasa penuh di bawah, boleh makan di tingkat atas.
Banyak sangat pilihan makanan yang dihidangkan tu.
Dengarnya makanan kat sini, akan di rotate pada setiap hari. Kiranya setiap hari lauk tak sama.
Nak makan berhidang macam ni pun boleh.
Wahhh banyak betul ye 😅.
Rasa lauk - pauk dia pun. not bad. Berasa.
Sambal sotong ni sedap.
Telur sotong masak kunyit pun sedap juga.
“Watak” utama makanan (menu pilihan).
- Udang Masak Kari
- Ayam Bawang
- Daging Kicap
- Kari Kepala Ikan
- Gearbox Masak Kari
- Kambing Masak Kari
- Telur Dadar
- Sayur - sayuran
Selain pelbagai jenis lauk kari yang terhidang, Ayam Goreng Mamak ni pun sangat memainkan peranan. Personally kalau huda singgah makan di Restoran Mamak, memang huda takkan lepaskan peluang. Ayam Goreng Mamak ni kira menu wajib yang huda akan pilih.
Sedap.
Me, Sislin, Yaya, Yoshiko
Nasi Kandar BM Bistro
Alamat:-
01-37 Block B, Pusat Perdagangan Ekoflora,
Jalan Ekoflora 7/1, Taman Ekoflora, 81100 Johor Bahru, Johor
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.