Assalamualaikum. Hai semua. Hari tu, Huda dinner di GBW Hotel Johor Bahru dan menikmati hidangan Buffet Bonanza mereka. Terbayang pula Ayam Golek Madu dia, sedap. Dihidangkan pula dengan aneka sos, antaranya thai sos, black paper sos, dan ada few lagi sos yang you guys boleh nikmati bersama Ayam Golek Madu. Kalau you guys sedang mencari harga buffet yang bawah RM100, so di sini tempatnya korang boleh nikmati hidangan tersebut.
Pada Huda, Ayam Golek ni kena dengan taste Huda.
Buffet Dinner GBW Hotel - RM58/adult
Buffet Dinner GBW Hotel - RM48/adult
Bagi peminat makanan korea, Hari Jumaat akan ada Ayam Goreng Korea tau.
Sambal Sotong Petai
Udang Buttermilk
Ikan Dori yang di masak dengan Lemon Sos.
Tentang rasa, personally huda suka makan di GBW Hotel ni sebab rasa masakan dia not bad, harga pun memang berbaloi. Huda suka Ayam Golek Madu, Udang Buttermilk, Sotong masak sambal Petai. Bubur Ayam di GBW ni pun sedap tau.
Actually dia ada bubur kosong dan bubur ayam. Huda choose bubur ayam bersama lauk-lauk yang tersedia di situ.
Bak kata Sislin, sedap tau kalau makan Bubur dengan lobak asin. So huda pun try 😅. Sebab huda tak makan lobak asin sangat. Takat makan bubur dgn ikan bilis bersama telur masin tu, biasa.
Sekali rasa. Ye, sedap juga.
Betul la sis ckp.
- Mee Rebus
- Pelbagai jenis ulam - ulaman, buah - buahan,
- kek
- Ice Cream & ABC
pun turut disediakan.
Banyak kan? Ada lebih kurang 50menu yang bakal menggoda selera anda ✌️😊.
p/s - menu di atas/gambar ni dinner masa hari Jumaat.
Jangan tak tahu, kalau you guys beli 7 percuma 1.
Lunch Price
RM48/adult
RM38/senior citizen
RM28/children
*Lunch Available setiap hari - 12pm hingga 2.30pm
Dinner Price
RM58/adult
RM48/senior citizen
RM38/children
*Buffet Dinner Available pada setiap KHAMIS - JUMAAT sahaja (6.30pm - 9.30pm)
For more info can directly contact @gbwhotel , Ms Urfa - +60167100073
More food photo : Farah ; Fanpage Blog (FB Page) https://www.facebook.com/share/p/2yqkPWfBKf7qYnoR/?mibextid=WC7FNe
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.